Lasagna berasal daripada zaman Yunani, dan ianya merupakan pasta yang berbentuk rata dan lebar. Namun, istilah Lasagna pada pandangan masyarakat Malaysia adalah lapisan pasta tersebut digabungkan bersama sos tomato, daging dan juga keju yang banyak dan melimpah ruah. Sekiranya anda inginkan kelainan akan rasa lasagna, dan menginginkan cara mudah untuk membuat lasagna serta kena dengan tekak kita, orang Malaysia, disini kami bawakan resepi Lasagna Roti Mesra Ekonomi yang menggunakan bahan yang murah dan mudah untuk didapati. Sekarang pun anda boleh cari kat dapur, kalau – kalau ada roti yang dah nak dekat expired date tapi tak terguna tu, bolehlah gunakan untuk memasak lasagna ini.
Cara pembuatannya agak panjang akan tetapi, arahannya jelas dan mudah untuk anda ikuti. Jom, kita lihat resepi yang dikongsikan oleh Mis Julie Biz dan telah mendapat banyak perkongsian di laman Facebook.
Masukkan daging kisar, kacau hingga masak / berubah warna.
Masukkan sos spaghetti. Tambah air dalam botol sos spaghetti sebotol dan tuang bersama.
Masukkan serbuk lada hitam, serbuk lada putih dan oregano/mix herbs. Setelah mendidih, masukkan sayur campur. Tambah tepung jagung yang dibancuh dengan air untuk pekatkan kuah sedikit.
Perasakan dengan garam dan gula.
Masak skejap. Tutup api, ketepikan.
Cara Masak Sos Putih:
Tumis bawang besar dan bawang putih sampai layu.
Masukkan sedikit tepung gandum, kacau sampai keperangan.
Masukkan air.
Masukkan serbuk lada hitam, serbuk lada putih, garam dan gula.
Masukkan 2 keping keju cheddar (optional)
Nota: Saya letak sebab tiada susu. Jadi, saya gantikan dengan keju cheddar
Masak sekejap sampai mendidih dan pekat. Tutup api, ketepikan.
Saya gunakan loyang 8 x 8.
Letak kuah lasagna dalam loyang, kemudian sedikit sos putih, susun roti yang telah digelek diatas kuah dan sos tadi.
Letak semula kuah lasagna, kemudian sos putih atas roti yang di susun didalam loyang. Ulang lagi langkah ini sehingga roti, kuah lasagna dan sos putih habis.
Nota: Pastikan lapisan atas skali di tutup dengan kuah lasagna dan sos putih.
Taburkan keju mozarella di atas lapisan terakhir.
Image via Facebook
Bakar didalam oven selama kira – kira 20-30 minit (suhu ikut pada oven anda).
image via Facebook
Tada! Siap dan sedia untuk dihidangkan.
Resepi – resepi lain yang anda boleh cuba:
Selain daripada resepi lasagna roti ini, terdapat variasi resepi lain yang anda boleh cuba. Carilah mana yang sesuai, insyaAllah kenyangkan perut, senangkan hati. Jangan lupa juga ya untuk kongsikan resepi ini bersama rakan – rakan anda!
Apabila kita menyebarkan kebaikkan walaupun satu ayat, kelak kebaikkan juga yang akan datang kepada kita. Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah satu usaha untuk menyebarkan kebaikkan. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.