Makanan western sangat mendapat tempat di hati rakyat Malaysia. Tatkala sudah jemu dengan santapan nasi dan masakan tradisi, selera beralih pula kepada western style. Yang paling famous dan sangat digemari ramai adalah chicken chop atau lamb chop. Makan banyak kali pun tak pernah jemu sebab sos black peppernya sangat lazat dan menyelerakan.

Bagi penggemar daging kambing, lamb chop pastinya menjadi pilihan utama berbanding dengan chicken chop. Lamb chop ni adalah daging kambing yang diperap dan dibakar sehingga masak. Kemudian, sos black pepper adalah sos yang wajib ada untuk menjadikan ia satu menu yang sedap. Untuk lebih mengenyangkan anda, pastikan ada coleslaw/sayuran lain dan juga kentang putar/French fries sebagai side dish untuk lamb chop ini. Confirm kenyang sangat!

Apa yang penting dalam menyediakan menu ini, anda harus pastikan sos black pepper yang anda hasilkan itu betul-betul sedap dan fresh. Ini kerana rasa sedap hidangan ini adalah bergantung pada rasa sosnya. Sedap sos yang anda buat, makan sedaplah hidangan lamb chop anda dan begitulah sebaliknya.

Ingin resepi lamb chop yang simple dan sedap? Haa apa kata anda cuba resepi yang telah dikongsikan oleh Rosita  Ismail di facebook. Hasilnya sangat memuaskan. Nak buat yang simple sahaja namun tetap rasa sedap? Anda wajib cuba resepi ini. Selamat mencuba!

Resepi Lamb Chop Black Pepper

Lamb Chop Black Pepper

Image via Facebook

Bahan Perapan:

Kambing untuk diperap
Lada hitam,
Onion powder
Garlic powder
Thyme
Paprika
Gula merah
Garam

Bahan untuk Sos black pepper:

Bawang putih
Brown sos
Kiub pati ayam
Lada hitam kasar
Garam
Susu segar

Cara Penyediaan:

  • Satukan semua bahan-bahan sehingga sebati
  • Gaulkan bahan perapan pada kambing dan perapkan sekurang2nya 30 minit sebelum grill.
  • Untuk sos black pepper, panaskan minyak dan tumis bawang putih.
  • Campurkan brown sos dan kiub pati ayam berserta air.
  • Masukkan lada hitam kasar dan sedikit garam. Masukkan juga susu segar. Siap!
  • Bolehla dihidang bersama coleslaw dan kentang putar untuk melengkapkan menu.

Selain resepi ini, terdapat banyak lagi resepi yang sedap memukau buat anda. Jemput lihat kesemuanya ya! Jangan lupa untuk LIKE dan SHARE.

Penulis: Fazeeda Abdul Malik

Merupakan seorang graduan perakaunan dan kewangan. Kini menjadi suri rumah sepenuh masa yang aktif menggunakan dunia teknologi untuk memberi manfaat kepada masyarakat.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.