Seronoknya membuat kuih talam jika menjadi. Tidak kisah lah jenis kuih talam apa pun. Kuih talam labu ke, kuih talam keladi ke, kuih talam sagu ke. Janji kuih talam. Boleh dimakan pada bila-bila masa. Kuih talam ini boleh dijadikan sebagai sarapan, minum pagi, minum petang atau pencuci mulut. Cukup menyelerakan tambah-tambah di bulan puasa.

Tapi itulah, nak membuat kuih talam ini resepinya tak boleh nak main agak-agak. Kalau tak kena sukatan, tak cantiklah kejadian kuih talam nya. Boleh jadi lembik, merekah, melekit dan sebagainya.

Resepi daripada‎ Khamisah Halik  ini sangat mudah difahami dan dibuat. Ramai yang sudah mencuba. InsyaAllah menjadi jika ikut sukatannya. Silap haribulan tetamu, jiran tetangga dan sanak saudara yang merasainya syak kita beli dekat luar padahal kuih talam buat sendiri. Tak ke bangga. Apa lagi, jom layan resepinya. 

Resepi Labu (Talam labu)

Resepi labu
Imej via Facebook

Bahan A

  • 1/2 cwn labu lecek (kukus dan lecek)

Bahan B

  • 2 cawan tpg beras
  • 1/2 cawan tpg gandum
  • 1/2 cawan tpg jagung
  • 3/4 cawan gula
  • Secubit garam

Bahan C

  • 4 cawan santan di panaskan bagi suam-suam kuku

Cara-cara penyediaannya:

  1. Kacau hingga sebati Bahan B
  2. Bahan C dimasukkan ke dalam Bahan B. Kacau hingga sebati dan tapis.
  3. Kemudian bahagikan adunan ini kepada dua bahagian. Satu bahagian dicampur dengan Bahan A.
  4. Panaskan kukusan. Loyang di sapu minyak. Kukus satu bahagian selama 20 minit. Kemudian, kukus satu bahagian lagi.

Tips:

  1. Pastikan loyang betul-betul panas baru tuang adunan
  2. Bila dah masak buka penutup kukus biarkan selama 10 minit baru padamkan api. Untuk elak cepat basi.

Mudahkan caranya? Rasa boleh buatkan? Selamat mencuba. Nak lagi seronok, proses membuat kuih talam ini boleh dijadikan sebagai satu aktiviti dengan anak-anak. Mesti anak-anak seronok punya. Hanya sediakan bahan, campur dan kukus.

Oh ya, selain dari resepi Kuih Talam Labu, kami juga menulis resepi yang lain. Jemput membaca dan mencuba. Jangan lupa kongsikan benda baik ini ya kepada yang lain.

Penulis: Dhiaa Syamimi

Insan biasa yang berpegang kepada ilmu yang dikongsi itu takkan pernah berkurang malahan mungkin bertambah lagi. Semoga dengan sedikit coretan perkongsian di bidadari.my memberi manfaat untuk semua yang memerlukan. Sharing is caring guys :)

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.