Ada yang berminat dengan Kuih Tart Telur ini? Rasanya yang enak dan lemak berkrim itu pasti mampu buatkan anda tersenyum sepanjang hari. Boleh jadi hancur plan nak diet kalau nampak tart telur nih.

Nak belajar buat Tart Telur ? Bahan asas untuk buat kuih ini tidaklah renyah mana pun. Hanya memerlukan telur dan kastard. Penyediannya pun tak sampai 40 minit. Mudah kan? Lepas tuh, sekali buat boleh dapat banyak. Bolehlah buat stock dalam peti nanti. Makan masa bosan-bosan. Ataupun masa menonton TV. Kan seronok macam tuuuu Situs Toto.

Kalau ada yang nak buat meniaga pun boleh. Kuih Tart Telur nih agak popular juga di kalangan orang ramai terutamanya di kalangan orang muda. Hasil jualan nya, bolehlah kalau nak menambah pendapatan sampingan untuk keluarga.

Resepi Tart Telur yang dkongsikan oleh Rosimah Bt A Rahman , bukan sahaja mudah dibuat tetapi memang sedap. Tak puas makan satu, kena makan lebih. Jom tengok resepinya. Pasti anda rasa tak sabar untuk membuatnya.

Resepi Kuih Tart Telur

Resepi Kuih Tart Telur
Imej via Facebook

Bahan A : Kulit tart

  • 1biji telur
  • 140g tpg gandum
  • 1sb gula aising
  • 75 g mentega@majerin

Bahan B: Kastard

  • 2 biji telur
  • 60g gula 
  • 70g air panas
  • 120g susu cair@susu segar
  • Esen vanila
  • Pewarna kuning
  1. Uli pastri (Bahan A) dan tekan pada acuan (contohnya: aluminium foil)
  2. Kemudian, bakar seketika (20 minit) utk kulit yg rangup (Kalau tak nak rangup sangat boleh kurangkan atau tak perlu dibakar).
  3. Satukan semua Bahan B menjadi satu adunan.
  4. Tapis dan tuangkan adunan kastard ke dalam pastri yang telah dibakar tadi.
  5. Bakar sehingga masak (20 minit) pada suhu 180 C scatter hitam.

Tada… Dah siap. Senang dan mudahkan? Jangan lupa share resepi ini dengan yang lain. Sharing is caring. Oh ya, selain daripada resepi Kuih Tart Telur ini, kami juga menulis resepi yang lain. Jemput membaca dan mencuba.

Penulis: Dhiaa Syamimi

Insan biasa yang berpegang kepada ilmu yang dikongsi itu takkan pernah berkurang malahan mungkin bertambah lagi. Semoga dengan sedikit coretan perkongsian di bidadari.my memberi manfaat untuk semua yang memerlukan. Sharing is caring guys :)

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.