“Ada sejenis kuih tiga segi…. Di luar tepung di dalamnya inti… Makanan orang tiada bergigi…”
Ayat di atas ialah sebuah lagu perumpamaan untuk sebuah makanan. Ia ialah kuih tradisional yang popular di Malaysia, Indonesia, dan Singapura.
Kuih ini diperbuat daripada tepung pulut dan mempunyai inti kelapa manis bercampur gula nisan (gula melaka) di dalamnya. Di Malaysia ia popular terutama di kawasan Pantai Timur iaitu di Kelantan dan Terengganu. Ia kemudiannya disalut dengan santan sebelum dibalut dengan daun pisang dan dihidangkan. Kuih apakah itu?
Yep itu ialah Kuih Koci, kuih koci memiliki tekstur yang lembut dan lembik. Rasanya yang sangat “tradisional” membuat kuih koci selalu diminati dari dulu hingga sekarang. Kuih koci biasanya dihidangkan untuk pencuci mulut dalam acara kenduri ataupun sehari-hari.
Baiklah kali ini kami akan menyajikan kepada anda resepi kuih koci tanpa kukus dengan resipi yang moden dan sangat berbaloi untuk dicubakan dirumah, dan pastinya akan disukai oleh ahli keluarga anda. Resepi ini dikongsikan oleh Diena Anilda di facebook dengan mendapat perkongsian sebanyak 2.3K. Wow mestilah dengan perkongsian sebanyak itu, confirm rasanya sangat sedap. Tunggu apalagi, simpan resepi ini dan cuba di dapur anda..
Resepi Kuih Koci (Moden dan Berbaloi)
Bahan untuk Inti 200++ biji
1500 gm kelapa( lebih kurang 4 biji kelapa)
370 gm gula merah
1 kg gula
6 cawan air
6 helai daun pandan
6-7 sudu tepung gandum
2 sudu kecil garam
Cara Memasak Inti
Masak gula merah, tambah air sehingga larut. Tapis guna tapis kain.
Masak semula gula merah yang sudah ditapis + gula pasir + garam + daun pandan sehingga gula pasir larut.
Masukkan Kelapa. Kacau sehingga kering.
Bila tolak sedikit inti dengan senduk, kelihatan berbuih2 didasar kuali. (bermakna inti sudah nak kering)
Masukkan Tepung gandum untuk jadikan inti lebih kental.
Tutup api. Siap.
Bahan Doh Pulut Hitam 50++biji
500 gm tepung Pulut
2-3 sudu tepung Pulut hitam (beras pulut hitam di kisar + ayak)
Santan cair/air (untuk uli)
Bahan untuk Doh Labu 50++biji
500 gm Tepung pulut
500 gm labu (direbus + dilecek)
Santan cair/Air (untuk uli)
Bahan untuk Dadih santan
1/2 atau 1 biji kelapa (Blend dengan 2 liter air kemudian tapis)
10-15 sudu tepung beras
10-15 sudu tepung jagung
3 helai daun pandan
Garam dan gula secukup rasa
Cara Memasak Dadih Santan
Kisar Kelapa + air. Tapis guna tapis kain.
Masukkan tepung beras + tepung jagung. Tapis sekali lagi guna tapis teh sahaja sebelum pasang api.
Masakkan sehingga pekat bersama beberapa helai daun pandan untuk aroma yang wangi.
Jangan lupa perasakan dengan garam dan gula mengikut selera masing-masing.
Finishing : Cara Memasak Doh dengan Inti dan Santan
Masukkan air/santan cair ke dalam tepung sedikit demi sedikit sehingga doh tidak melekat di tangan.
Ambil inti dan masukkan dalam doh. Bulat2kan. Gris loyang dengan sedikit minyak.
Didihkan air panas. Setelah mendidih masukkan doh.
Kalau sudah timbul, angkat doh dan terus gaul dalam dadih santan yg telah dimasak.
Bungkus dengan daun pisang yang telah dilayur di atas api. Siap.
Tips Memasak Kuih Koci :
Dadih santan jangan terlalu pekat ataupun cair. Kalau tercair sangat bancuh sedikit dengan tepung beras + air. Masak sampai dadih berbuih untuk tahan lama.
Kacau doh yang sudah dimasak dalam santan guna senduk kayu untuk elak doh senang pecah.
Buat santan terlebih dahulu sebelum masakkan doh didalam air. Sebab ketika doh sudah masak harus terus dimasukkan dalam santan. Kalau tidak nanti melekat2.
Setelah inti siap dimasakkan. Sejukkan sebentar. Masukkan dalam freeze atas. Setelah sejuk dan agak beku. Keluarkan dan bulat-bulatkan inti. Bekukan semula untuk mudahkan proses masukkan inti kedalam doh. Tidak melekit dan kerja jadi cepat.
Untuk dapatkan size kuih yang sama besar, imbang inti 11gm dan doh 21gm setiap satu.
Bagaimana? apakah anda tertarik mencubanya? meskipun kerjanya agak leceh namun hasilnya sangat berbaloi. Sila dicuba.
Resepi Menarik Lain
Selain dari resepi kuih koci yang moden dan berbaloi, kami juga menulis resepi menarik lainnya yang mendapatkan perkongsian ramai. Jemput baca dan sila dicuba. Oh ya, jangan lupa share dan like resepi ini ya.
Apabila kita menyebarkan kebaikkan walaupun satu ayat, kelak kebaikkan juga yang akan datang kepada kita. Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah satu usaha untuk menyebarkan kebaikkan. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.