Resepi Kuih Ketayap Yang Ceria (Warna Warni)
Mesti anda semua pernah dengar kuih ketayap bukan. Ya, kuih ketayap ini sememangnya amat popular di kalangan rakyat Malaysia. Tapi, berapa ramai yang…

Mesti anda semua pernah dengar kuih ketayap bukan. Ya, kuih ketayap ini sememangnya amat popular di kalangan rakyat Malaysia. Tapi, berapa ramai yang sebenarnya tahu cara untuk membuatnya? Ayuh kita cuba lihat resepi kuih ketayap ini. Resepi yang bakal ditunjukkan mempunyai sedikit perubahan daripada kuih ketayap yang biasa kita lihat di jual di kedai kedai atau pun warung. Tapi jangan risau. Anda boleh memilih untuk kekal dengan yang lama atau ikut cara yang baru. Resepi ini dikongsikan oleh Puan Zura Zuldan telah mendapat perkongsian ramai di Facebook.
Resepi Kuih Ketayap

Imej via Facebook
Bahan Bahan
- 2 cawan tepung gandum
- 1 biji telur gred A. (Pukul dulu dengan garfu)
- 1 cawan jus pandan. (Blend 3 helai daun pandan dengan 1 cawan air. Tapiskan)
- 1 1/2 cawan santan sederhana cair. (Tak nak letak santan, letak air jer)
- 1 sudu kecil pewarna hijau
- Sedikit esen vanilla. Tak nak letak pun tak pe
- Secubit garam
Inti Kelapa:
- 1 biji kelapa parut putih
- 1 cawan gula merah*
- 1 ketul gula melaka*
- 1 1/2 @ 2 cawan air*
- 3 helai daun pandan* (Simpulkan)
- Secubit garam*
- 1 sudu besar tepung pulut/tepung gandum
Cara Cara Memasak
- Satukan semua bahan dalam bekas. Gaul rata. Tuang dalam blender. Blend sebati untuk dapat kulit yang lebih lembut
- Panaskan kuali non stick (pemanggang ajaib). Api perlahan. Sapu sedikit minyak (sapu nipis. Sekali je sapu)
- Tuang adunan 1 senduk (jangan penuh sangat. Ambil dalam 3/4 senduk) ratakan bulat. Nipis
- Dah masak. Angkat. Masukkan inti kelapa. Akak bubuh banyak inti. Tu yang nampak gemuk sikit ketayap nya. Lipat kiri dan kanan. Gulung. Siap. Boleh makan
Nota 1 : Bagi yang nak buat kulit dia warna warni. Tak perlu blend daun pandan. Letak 2 1/2 cawan santan sederhana cair atau letak air je Nota 2 : Bahagikan 4 bekas sama banyak adunan. Warnakan ikut suka
Inti Kelapa
- Masak bahan bertanda gula melaka, gula merah, cawan air, pandan dan garam hingga larut. Tapiskan.
- Masak semua dalam kuali hingga agak agak nak kering. Api sederhana. Sesekali kena kacau
- Last letak 1 sudu tepung bagi likat/pekat inti kelapa tu. Kacau sebati. Siap
Selamat Mencuba
Resepi Kuih Lain Yang Menarik
Selain resepi kuih ketayap, kami juga mempunyai beberapa resepi kuih lain yang mendapat perkongsian ramai di Facebook. Manalah tahu anda berminat untuk mencubanya.
Jangan lupa untuk share artikel artikel kami dengan kawan kawan. Kalau dah cuba, jangan lupa tinggalkan komen dan feedback di ruangan komen kami ye.