Resepi kali ini sangat mudah. Boleh dijadikan kudapan ringan waktu petang mahupun biskut raya. Kali ini ialah perkongsian resepi kuih kasturi, siapa peminat kuih kacang hijau atau dikenali sebagai kuih kasturi ini?
Kuih kasturi diperbuat menggunakan kacang hijau yang direbus lembut bersama gula dan digaul dengan kelapa. Bancuhan tepung salut membuat kuih kasturi rangup di luar selepas digoreng.
Sesiapa yang suka kacang hijau mesti suka kuih kasturi. Kuih kasturi terbaik untuk dijadikan camilan keluarga bahkan dijual juga ramai peminatnya.
Tanpa tunggu mari lihat resepi kuih kasturi yang dikongsikan Yayang Waniey di laman Facebook. selamat mencuba.
Nota : Penting kuali kena cuci betul-betul bersih supaya tidak melekat. Kalau kuali bersih kacang akan turun sendiri dalam minyak. Kalau tidak turun curah minyak atas kacang, baru tolak masuk dalam minyak. Pastu alihkan perlahan-perlahan sampai masak.
Selain resepi kuih kasturi, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya.