Selain kuih cara manis, jom kenali pula kuih cara berlauk. Siapa suka makan kuih cara berlauk?
Kuih cara berlauk menyerupai kuih cara biasa tetapi terdapat tambahan inti/lauk daging di atasnya. Tambahan daging dan rempah menjadikannya agak pedas tetapi enak dimakan.
Bagaimanapun inti daging pada bahagian atas menjadikannya tidak tahan lama dan perlu dimakan pada hari yang sama. Juga, cara berlauk tidak tahan disimpan pada suhu bilik, ianya hanya tahan 2 hari dengan disimpan dalam peti sejuk.
Sesetengah tempat panggil kuih kura terbakar. Senang membuatnya boleh dijadikan menu petang dan iftar. Resepi daripada Suriati Muhammad di laman Facebook patut cuba. Selamat mencuba.
Selain resepi cara berlauk, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya.