Sekarang ini, drama 7 Hari Mencintaiku 2 tengah popular di kalangan rakyat Malaysia. Drama yang tengah trending kot. Buat peminat setia drama ini, pasti tahu Khuzairi sangatlah suka dengan kuih bakar pandan ini. Sebenarnya tak susah pun nak buat kuih bakar nih. Bolehlah para isteri buatkan untuk suami atau pun keluarga mertua. Bolehlah ambil hati mereka nanti dengan kuih bakar pandan ini. Jom tengok resepi yang dapat ribuan tanda suka di laman “Facebook”. Resepi Kuih Bakar Pandan dikongsikan oleh Nur Aisyah Nasa . Resepi ini sangat mudah difahami, diikuti dan yang paling ianya menggunakan sukatan cawan. Apa lagi, jom mencubanya.

Resepi Kuih Bakar Pandan

kuih bakar pandan

Imej via Facebook

Bahan-bahannya:

  • 8 helai daun pandan
  • 1 cawan air
  • 2 cawan santan
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 cawan gula
  • 3 biji telur
  • 2 sudu besar margerin
  • ½ sudu kecil garam
  • 1 sudu kecil asen vanilla
  • 1 sudu kecil pewarna hijau (optional)
  • Sedikit Bijan

Cara-caranya adalah :

  1. Sebelum membuat adunan , panaskan oven pada suhu 170 .
  2. Kisar kan 1 cawan air bersama daun pandan dan tapiskan.
  3. Masukkan semua bahan kecuali bijan ke dalam pengisar dan kisarkan bahan tersebut sehingga sebati.
  4. Tapis adunan dan tuangkan ke dalam loyang yang disapu margerin/minyak.
  5. Taburkan bijan di atas permukaan adunan.
  6. Bakar di dalam oven selama 40 minit sehingga permukaan kuih bakar kelihatan garing dan perang.
  7. Cucuk kuih bakar dengan lidi , jika lidi bersih bermakna kuih bakar sudah masak
  8. Pastikan kuih bakar betul2 sejuk sebelum dipotong kerana semasa panas kuih bakar sedikit lembik.

Selamat Mencuba. Menarik kan resepi ini? Anda mahukan resepi lain? Di sini kami sertakan beberapa buah resepi yang boleh anda cuba. Jangan lupa untuk kongsikan resepi ini bersama yang tersayang ya!

Penulis: Dhiaa Syamimi

Insan biasa yang berpegang kepada ilmu yang dikongsi itu takkan pernah berkurang malahan mungkin bertambah lagi. Semoga dengan sedikit coretan perkongsian di bidadari.my memberi manfaat untuk semua yang memerlukan. Sharing is caring guys :)

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.