Kuah rojak buah homemade, kualiti nombor satu. Lebih fresh rasa kuah rojaknya kerana dibuat terus dengan air tangan anda. Tak ada simpan dalam bekas. Tak perlu risau tarikh luput. Lebih berbaloi buat kuah rojak sendiri.

Hari ini kami akan berkongsikan resepi kuah rojak buah style ‎Cik Pooja‎. Perkongsian di laman Facebook ini telah mendapat perkongsian amat ramai.

Bahan-bahan yang digunakan beragam seperti cili, gula merah, gula pasir, kicap manis, sos cili. Sesiapa yang sudah mencuba resepi ini, kata kuah ini sangat padu bila digandingkan dengan buah rojak.

Kuah ini kalau betul-betul dimasak sempurna ia tak akan basi. Bahkan tak perlu simpan dalam peti sejuk, letak dalam suhu bilik pun ok, janji jika dimasak betul-betul sempurna. Mari tengok resepi kuah rojak buah ini. Anda yang ingin buat untuk jualan pun boleh.

Resepi Kuah Rojak Buah

kuah rojak buah

Imej via Facebook

Bahan-bahan :

  • Segenggam cili kering (dipotong dan dibuang bijinya dan dibasuh bersih dan direndam sekejap dengan air panas dalam 5 minit kemudian toskan)
  • Belacan (ikut suka nak letak banyak mana)
  • 1 cawan gula merah (bukan gula perang yea)
  • 3 cawan gula pasir
  • ½ cawan kicap manis
  • 5 sb sos cili
  • 3 sb tepung jagung (dibancuh dengan ½ cawan air)
  • 2 sb garam (boleh bubuh sedikit-sedikit kalau takut masin)
  • 2 sb bijan
  • Segenggam kacang tanah digoreng tanpa minyak dan diblend kasar

Cara-cara :

  1. Cili dan belacan diblend sampai halus dengan secawan air (masukkan dalam kuali).
  2. Gula merah dibancuh dengan secawan air dan ditapis (masukkan dalam kuali).
  3. Kemudian masukkan gula pasir.
  4. Masukkan kicap dan sos cili.
  5. Seterusnya, masak dulu semua bahan-bahan tadi sampai mendidih. Jaga-jaga sebab dia cepat meruap. Sentiasa kacau-kacau kuah.
  6. Bila kuah sudah mendidih, masukkan garam secukupnya supaya sekata rasa dia.
  7. Selepas itu masukkan air bancuhan tepung jagung tadi, kacau sebati. Masa ini memang kena kacau selalu guna api slow.
  8. Masak sampai kuahnya agak pekat.
  9. Barulah masukkan 2 sb bijan dan 2 sb kacang tanah yang diblend.
  10. Masak lagi smpai pekat hitam memikat.
  11. Kacang blend yang lebih tadi boleh ditabur lagi di atas rojak masa nak makan.
  12. Tunggu sejuk baru boleh simpan dalam bekas.

Resepi Menarik Lain

Selain resepi kuah rojak buah, kami juga menulis resepi sedap dan mudah lainnya yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya.

Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa share dan like resepi ini ya.

Penulis: Rahayu Z

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.