Mencari resepi kuah lodeh yang sedap dan semudah ABC?
Alhamdulillah kita semua sudah pun berada di dalam bulan Ramadhan yang mulia ini. Bila dah masuk Ramadhan, ramailah di antara kita yang mula sibuk untuk melakukan persiapan Aidilfitri pulak yer.
Baju raya, kuih raya, perancangan kewangan raya, perancangan menu raya dan sebagainya.
Bercakap pasal menu raya, apa menu raya yang korang suka? Biasanya ramai yang akan memilih menu yang simple tapi dijamin sedap kan? Yelahh setelah sebulan penat berpuasa, tak nak lah dibebankan dengan memasak menu yang rumit untuk maraikan Aidilfitri yang bakal tiba.
Salah satu menu yang mudah dan ringkas yang boleh anda cuba untuk santapan di Aidilfitri nanti adalah Kuah Lodeh. Kuah Lodeh ni biasanya dihidangkan bersama dengan nasi impit, lemang, ikan bilis tumis dan juga rendang. Memang cukup menyelerakan!
Jadi, kali ini kami akan kongsikan resepi kuah lodeh yang super simple ni. Jimat masa korang tau! Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Maimon Hassan di facebook.
Selamat mencuba.:-)
Selain resepi kuah lodeh ini, ada juga resepi-resepi lain yang turut mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Oh ya, jangan lupa share dan like resepi ini ya!