Jom cuba resepi ketam telur masin ini.

Teringin masak ketam, tapi tidak tahu ingin masak apa. Asyik tertunggu-tunggu resepi yang menarik. Ketam telur masin tampak menarik bukan?

Penggila seafood khususnya ketam, patut cuba resepi ini. Sekali cuba mesti teringin lagi dan lagi. Rasa masin telur bercampur dengan daging ketam yang enak sungguh lazat.

Bila dipikir-pikir pasal menu ini. Kalau makan di kedai boleh habis berpuluh-puluh ringgit silap-silap ratus pun boleh kalau dekat chinese muslim restoran. Tapi kalau masak sendiri boleh makan puas-puas. Bahkan berkongsi dengan jiran sekaligus boleh.

Tunggu apa lagi, anda yang telah tertunggu-tunggu resepi ketam telur masin yang lazat sila tengok resepi di bawah ini. Resepi daripada ‎Izzati Insyirah Rosli‎ yang dikongsikan di laman Facebook. Selamat mencuba.

Resepi Ketam Telur Masin

ketam telur masin

Imej via Facebook

Bahan-bahan :

  • Telur masin,
  • Daun kari,
  • Cili padi ikut kepedasan masing-masing,
  • Ketam,
  • Tepung jagung,
  • Butter,
  • Susu cair,
  • Gula.

Cara-cara :

  1. Mula-mula rebus telur masin,
  2. Kemudian hancurkan kuning telur dan sedikit putih telur (kalau tidak suka putih pun tidak apa),
  3. Dalam bekas lain, gaul ketam dengan tepung jagung,
  4. Goreng ketam hingga masak.
  5. Kemudian panaskan butter, masukkan daun kari dan cili padi. Masak sehingga wangi.
  6. Baru masukkan telur masin, susu cair dan gula, tunggu sampai berbuih.
  7. Barulah masukkan ketam yang sudah digoreng.
  8. Gaul-gaul rata pastikan semua ketam disalut dengan kuah tadi.
  9. Siap dihidangkan.

Resepi Menarik Lain

Selain resepi ketam telur masin, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya.

Penulis: Rahayu Z

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.