Hmm.. hujung minggu nih tak tahu nak masak apa untuk seisi keluarga? Buntu? Nak idea atau cadangan menu tengah hari? Apa kata cuba masakkan Ketam Masak Kam Heong pula. Ala-ala masakan chinese. Bolehlah tukar selera sikit.

Jadi untuk kali ini, kami kongsikan resepi Ketam Kam Heong dikongsikan oleh Nisa Liyana yang menjadi kegemaran ramai. Bahan-bahan yang diperlukan sangat mudah dan cara penyediaannya pun ringkas dan senang. Apa lagi jom tengok resepinya.

Resepi Ketam Masak Kam Heong

Imej via Facebook

Bahan-bahan:

  • 3-4ekor ketam
  • 1 biji bawang besar dihiris
  • 3 ulas bawang putih ketuk
  • 3 tangkai daun kari
  • 5 tangkai cili padi merah
  • 2 sudu makan rempah kari 
  • Sedikit udang kering ditumbuk
  • 2-3 sudu makan sos tiram
  • 2-3 sudu makan kicap manis
  • Garam dan gula secukup rasa.
  • Sedikit air
  • Minyak utk tumis

Cara penyediaannya:

1. Goreng ketam separuh masak dulu.
2.Tumis bawang besar, bawang putih, cili & daun kari hingga baik bau.
3.Masukan bancuhan rempah kari dan udang kering. Tumis lagi sampai pecah minyak.
4.Masukan kicap & sos tiram.Tambah sedikit air untuk lebihkan kuah. Perasakan dgn garam & gula. 
5. Bila kuah dah sedap ikut selera korang, masukan ketam dan gaul rata dengan kuah. Biarkan sampai ketam betul2 masak. Then sedia untuk dihidang.

Dah siap tuh. Jangan tunggu lama-lama. Baca doa dan boleh terus makan dengan nasi putih. Jangan lupa kongsikan resepi ini dengan yang lain ya. Selain dari resepi ini, kami juga kongsikan resepi-resepi lain yang menarik. Terima kasih sudi melawat blog kami.

Penulis: Dhiaa Syamimi

Insan biasa yang berpegang kepada ilmu yang dikongsi itu takkan pernah berkurang malahan mungkin bertambah lagi. Semoga dengan sedikit coretan perkongsian di bidadari.my memberi manfaat untuk semua yang memerlukan. Sharing is caring guys :)

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.