Hari ini kami akan kongsikan resepi kerabu kaki ayam. Mesti ramai yang suka makan kaki ayam bukan? Ada rasa unik yang tersendiri pada kaki ayam sehingganya ramai yang suka sangat kaki ayam.

Makan kerabu kaki ayam di kedai mungkin rasanya tidak berapa sedap kerana kekurangan bahan. Jadi sebaiknya anda boleh cuba buat sendiri kerabu ayam resepi daripada Wan LuQman‎ di laman Facebook untuk makan malam nanti. Gerenti lazat.

Resepi ini memang sedap. Kalau anda buat untuk suami, mesti suami akan ketagih dan tambah lagi makan. Mak mertua pula mesti hari-hari suruh anda masak kerabu kaki ayam selalu.

Tunggu apa lagi. Sesiapa peminat kaki ayam, jom buat resepi kerabu kaki ayam untuk hidangan hari ini. Pasangan tepat untuk lauk ini adalah nasi putih, telur dadar, sambal belacan dan sup kosong.

Resepi Kerabu Kaki Ayam

Imej via Facebook

Bahan-bahan :

  • Bunga kantan dihiris,
  • Limau nipis,
  • Daun ketumbar,
  • Cili padi,
  • Hirisan dadu tomato,
  • Hirisan bawang Holland,
  • 1 sudu besar nampla,
  • 1.5 sudu besar thai palm sugar,
  • Hirisan daun limau.

Cara-cara :

  1. Satukan semua bahan.
  2. Letak sedikit aji untuk penyedap rasa. Kalau tidak ad thai palm sugar, boleh ganti dengan brown sugar. Air limau nanti akan larutkan gula. Kalau tidak juga, titiskan cuka sedikit.

    Imej via Facebook

  3. Rebus kaki ayam selama 45 minit 2 kali rebus. Rebusan pertama untuk buang air lender melekitnya. Rebusan kedua, masukkan sedikit serbuk pati ayam. Kalau ada pressure cooker lagi mudah.
  4. Apabila sudah direbus, cedukkan ayam sedikit-sedikit ke dalam bekas air kerabu tadi. Sambil ceduk sekali air rebusan sedikit-sedikit.
  5. Tutup bekas, goncang bagi rata.

    Imej via Facebook

  6. Hiriskan daun bawang, tambah sedikit daun ketumbar dan hirisan tomato.

    Imej via Facebook

  7. Sedia untuk dihidangkan.

Resepi Menarik Lain

Selain resepi kerabu kaki ayam, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya.

Penulis: Rahayu Z

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.