Mesti ramai yang mencari resepi kek tornado. Tidak perlu risau kerana kami akan hadirkan resepi kek tornado secara percuma kepada anda semua. Resepi kali ini kami datangkan daripada Ida Alina Salleh di laman Facebook. Resepi telahpun disesuaikan dengan tekak sendiri namun tanpa mengabaikan rasa kek tornado yang sebenar.
“Resepi ini adalah intepretasi Kek ala Tornado orang jauh”, kata Puan Ida, kerana kek ini sudahpun disesuaikan untuk ikut tekak orang yang suka makan dessert bercoklat tapi tidak kuat manis. Cuba buat sihat sedikit, kurangkan manis dan gunakan bahan premium, dan tidak guna ovalette. Dan menariknya, kek jadinya manis sedang elok, dan rasa coklatnya lebih menyeluruh.
Asasnya kek tornado terdiri daripada tiga komponen: Sponge coklat yang dikukus, lapisan cream cheese yang “light”, dan chocolate ganache. Jika anda ikut betul-betul resepi yang kami kongsikan ini konfirm kek tornado anda akan menjadi, teruja tengok coklat ganache yang cair dan melimpah itu.
Resepi Kek Tornado
Menyediakan Sponge Coklat :
Bahan A :
5 biji telur,
¾ cawan gula halus,
1 sudu kecil esen vanilla,
3 sudu besar susu pekat, campur susu segar (atau yogurt asli) untuk jadikan ½ cawan.
½ cawan butter cair ditambah ½ cawan minyak zaitun biasa (bukan extra virgin).
Bahan B diayak bersama :
1 ½ cawan tepung gandum,
1 cawan serbuk koko,
1 sudu kecil baking powder,
½ sudu kecil soda bikarbonat,
Sedikit garam halus.
Bahan C :
½ cawan kopi panas ( ½ sudu teh kopi instan, ½ cawan air mendidih).
Cara-cara :
Gunakan whisk tangan saja, pukul telur dengan gula hingga rata, masukkan esen vanilla, campuran minyak, susu dan pukul hingga sebati.
Masukkan bahan B yang sudah diayak. Kacau rata.
Masukkan campuran kopi panas, dan kacau rata.
Kukus hingga masak (saya guna bekas besar, ambil masa 50 minit).
Menyediakan Ganache Coklat:
Bahan-bahan :
200 gram Lindt milk chocolate,
200 gram Lindt 70% dark chocolate,
¾ cawan non-dairy, unsweetened whipping cream,
1 sudu besar butter,
Cara-cara :
Satukan semua bahan dan cairkan menggunakan double-boiler.
Bila sudah cantik, cair dan berkilat, simpan sebentar dalam fridge, ia akan sejuk dan memekat sedikit.
Pastikan wap air/air panas dari periuk di bawah tidak masuk dalam campuran coklat ya. Kalau masuk air/wap dalam coklat ia akan “seize” atau bergumpal.
Menyediakan Topping cheese :
Bahan-bahan :
250 gram keju mascarpone (atau cream cheese. Saya guna mascarpone sebab ia amat “smooth”).
3 sudu besar susu pekat,
½ cawan non-dairy whiping cream,
¼ cawan susu segar.
Cara-cara :
Whisk cheese dan susu pekat hingga sebati. Masukkan whipping cream yang sejuk. Pukul hingga kental.
Masukkan susu segar. Pukul rata. Sejukkan dalam fridge sementara kek masak dan sejuk.
Apabila kek sejuk, letak lapisan cheese, dan letak lapisan ganache di atasnya. Saya biarkan kek ini di dalam fridge beberapa jam biar semuanya mesra dan makan bila dah sejuk.
Resepi Menarik Lain
Selain kek tornado, kami menulis resepi lain dan menarik untuk anda cubakan. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa share dan like resepi ini ya.
Kongsikan Artikel ini
Apabila kita menyebarkan kebaikkan walaupun satu ayat, kelak kebaikkan juga yang akan datang kepada kita. Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah satu usaha untuk menyebarkan kebaikkan. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.