Mahukan menikmati kek yang sedap sempena birthday orang terkasih misalnya? Macam mana kalau hadiahkan mereka dengan kek tiramisu. Idea yang bagus bukan? Kek tiramisu yang amat lembut dan sedap sedia memikat hati buah hati anda.

Resepi kek tiramisu yang mampu memikat hati ini didatangkan daripada dalam perkongsiannya di Facebook. Kek tiramisu dibuat dengan tiga lapisan. Antaranya ialah lapisan original, lapisan koko menggunakan nescafe dan lapisan coklat menggunakan serbuk koko.

Yang membuat menarik daripada kek tiramisu ialah toppingnya yang lembut meleleh diperbuat daripada cream cheese, susu pekat dan butter. Kemudian ditaburkan nescafe, milo dan serbuk koko.

Mesti anda tidak sabar untuk membuatnya bukan? Mari tengok resepinya di bawah ini. Boleh dihidangkan untuk majlis-majlis mewah. Konfirm tetamu mesti suka dan teringat selalu dengan kek tiramisu air tangan anda.

Resepi Kek Tiramisu

kek tiramisu

Imej via Facebook

Bahan-bahan Kek :

  • 4 biji telur,
  • 1 sb ovelet,
  • 1 st esen vanilla,
  • 1 cawan gula kastor,
  • ½ cawan minyak masak,
  • ½ cawan fresh milk,
  • 2 cawan tepung gandum,
  • 1 st baking powder,
  • 1 paket nescafe,
  • 2 sudu besar serbuk koko.

Cara-cara :

  1. Mula-mula campurkan telur, ovalette,  esen dan gula sampai kembang dan gebu, guna kelajuan tinggi.
  2. Kemudian masukkan minyak dan susu campurkan sebati.
  3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit, guna kelajuan rendah dan campurkan sampai sebati.
  4. Bahagikan kepada 3 adunan.
    1. Adunan original,
    2. Adunan koko (1 paket nescafe blew, jadikan pes),
    3. Adunan coklat (2 sudu besar serbuk koko).
  5. Boleh tambahkan sedikit pewarna koko ke dalam adunan koko dan coklat untuk warna yang lebih cantik.
  6. Kemudian griskan loyang dan lapik dengan baking paper.
  7. Lalu tuang adunan coklat dulu dan kukus sampai masak.
  8. Jika sudah masak tuang adunan koko.
  9. Jika adunan sudah masak, tuang adunan original.
  10. Kukus sampai masak ditandai bila cucuk lidi tidak melekat.
  11. Bila sudah masak telungkupkan di atas redai dan telungkupkn balik di atas papan kek.
  12. Trim tepi-tepi kek.
  13. Tunggu sejuk baru hias.

Bahan Topping :

  • 250 gm cream cheese,
  • ½ tin susu pekat,
  • 120 gm butter,

Cara-cara :

  1. Campurkan cream cheese, susu pekat dan butter sampai hilang ketul-ketul bagi licin.
  2. Tuang terus di atas kek.
  3. Kemudian ayak 1 sudu kecil nescafe, milo dan serbuk koko.
tiramisu kek

Imej via Facebook

Nota :

  • Saya campur semua bahan ayak terlebih dulu, lepas itu baru ayak ke atas kek.
  • Buah untuk bagi shining boleh celup buah dalam piping jelly dulu.

Resepi Menarik Lain

Selain resepi kek tiramisu , kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami.  Jangan lupa like dan share resepi ini ya.

Penulis: Rahayu Z

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.