Anda ingin surprisekan orang yang tersayang? Tapi taktau nak buat apa? Apa kata anda buat kek dengan menggunakan resepi kek red velvet yang famous ini!

Ini bukan calang calang resepi. Ini resepi yang telah mendapat perhatian kebanyakan netizen yang gemar memasak dengan 3.1 Ribu share semenjak ia di post. Lebih menarik lagi, resepi ini dikongsi oleh seorang lelaki yang gemar membuat kek.

Wah, nampaknya anda semua memang patut cuba resepi ini!

Resepi ini dikongsikan oleh Azizi Rais  dan telah mendapat perkongsian ramai di Facebook.

Resepi Kek Red Velvet

Resepi Kek Red Velvet

Imej via Facebook

Kepada penggemar Red Velvet. Malam ni abam buat kek Red Velvet dengan cara mudah , sedap dan #konpomjadik ! Gambar beserta cara cara pembuatan juga disertakan.

Bahan Bahan

Resepi Kek Red Velvet

Imej via Facebook

  • 250 gm butter
  • 200 gm icing sugar
  • 225 gm tepung naik sendiri + 2 camca besar serbuk koko
  • 3 biji telur ayam – gred A
  • 1 cup yogurt – ( dikisar halus )
  • 1 camca besar pewarna merah
  • 1 sudu teh esen vanilla

Topping

  • 500 gm cream cheese
  • 200 gm icing sugar
  • 50 ml non diary whip cream

Cara cara Memasak

1 – Pukul butter dan icing sugar sampai kembang dan putih.

2 – Masukkan telur 1 per 1. Pukul sebati dan tuang esen vanilla dan pewarna merah.

Resepi kek Red Velvet

Imej via Facebook

3 – Kaup balikkan campuran tepung + serbuk koko ke dalam adunan berselang seli dengan yogurt sampai habis.

Resepi Kek Red Velvet

Imej via Facebook

4 – Bakar dalam loyang 8 inci selama 45 minit dengan suhu 180’c.

Resepi Kek Red Velvet

Imej via Facebook

5 – Sejukkan dan potong menjadi 2 layer.

Resepi Kek Red Velvet

Imej via Facebook

Topping

  1. Pukul cream cheese dan icing sugar sampai kembang dan putih. Then masukkan whip cream pukul sampai gebu dan kental.

Resepi Kek Red Velvet

Imej via Facebook2. Sapukan topping di antara lapisan kek tadi, dan seterusnya ratakan keseluruhan badan kek tadi.

Respei Kek Red Velvet

Imej via Facebook

Saya menggunakan nozzle 844 untuk paipkan roses ke atas kek. Dimulakan dengan dipaipkan di bahagian bawah dan naik ke atas.

 

Resepi Kek Red Velvet

Imej via Facebook

Seeloknya letakkan dalam chiller untuk 2 jam sebelum dipotong atau dihidangkan.

Selamat mencuba !

Resepi Kek Lain Yang Menarik

Selain resepi kek red velvet, kami juga mempunyai beberapa resepi kek yang mendapat perkongsian ramai di Facebook. Manalah tahu anda berminat untuk mencubanya.

Jangan lupa untuk share artikel artikel kami dengan kawan kawan. Kalau dah cuba, jangan lupa tinggalkan komen dan feedback di ruangan komen kami ye.

Penulis: Nabilah Ruza

Merupakan salah penyumbang di Bidadari.my. Rajin berkongsi artikel yang berinformasi di sini.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.