Terdapat banyak kedai-kedai yang menjual perlbagai jenis kek berdekatan dengan kita. Tetapi banyak juga yang tidak menepati selera kita seperti terlalu manis, terlalu keras ataupun terlalu mahal. Jika begitu bolehlah anda membakar kek sendiri kerana kosnya tidaklah terlalu mahal. Selain itu, anda boleh memastikan ianya mengikut selera anda.

Pada hari ini, kita akan berkongsikan resepi kek oren moist sunquick yang sudah pastinya mudah untuk dibuat di rumah dan lazat apabila sudah siap dibakar nanti. Apabila sudah siap nanti, bolehlah anda hidangkan kepada seisi keluarga untuk makan petang ataupun menjadi kudap-kudap semasa menonton televisyen.

Tanpa membuang masa lagi, mari kita lihat resepi kek oren sunquick yang telah dikongsikan oleh Wan Siti Halijah Dzulkifly di laman Facebook dan telah mendapat banyak reaksi positif dan juga perkongsian.

Resepi Kek Oren Moist Sunquick

kek oren mosit sunquick
image via Facebook

Bahan – bahannya:

  • 250 gram butter (carikan 30 gram menggunakan kaedah double boil)
  • 1 cawan gula halus
  • 2 sudu besar sunquick
  • Sedikit pewarna kuning telur
  • 5 biji telur gred A
  • 2 cawan tepung gandum
  • Kulit lemon / kulit oren sunkist

Cara – cara penyediaannya:

  1. Mix 220 gram butter dan gula halus sehingga berkrim.
  2. Setelah itu, masukkan sunquick dan pewarna kuning telur dan mix sebentar.
  3. Masukkan telur satu per satu dan mix sehingga sebati.
  4. Masukkan tepung yang sudah diayak bersama baking powder. Kemudian, kacau menggunakan senduk.
  5. Apabila sudah sebati, masukkan 30 gram butter yang telah dicairkan dan kacau sebati.
  6. Parut kulit oren sedikit dan kacau adunan.
  7. Alas kiyang saiz 9 dengan baking powder dan tuang adunan.
  8. Bakar pada suhut 170C selama 40 hingga 50 minit api atas bawah.
  9. Siap dan sedia untuk dihidangkan.

Resepi – resepi lain yang menarik:

Selain daripada resepi kek oren moist sunquick ini, kami telah berkongsi banyak lagi resepi lain. Bolehlah anda mencuba resepi lain yang telah kami kongsikan selepas ini dan jangan lupa untuk kongsikan resepi ini dengan kenalan terdekat anda.

Penulis: Nur Dini Abd Aziz

Seorang mahasiswa universiti awam. Rajin berkongsi artikel lazimnya resepi di Bidadari.My

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.