Kek Marble merupakan salah satu kek yang popular di kalangan rakyat Malaysia. Antara sebabnya adalah pembuatan Kek Marble ini mudah dan rasanya yang gebu dan moist. Sesiapa yang belum menjadi lagi buat marble jelita boleh ikut cara dan resepi yang kami tulis kali ini. Gerenti menjadi dengan cantik dan jayanya. Yang lagi best, resepi ini menghasilkan kek yang moist.

Kek marble ini sesuai untuk minum petang, bekalan berkelah dan majlis hari jadi. Resepi kek marble dikongsikan oleh Ainna Rozimi. Resepi yang dikongsikan naik tinggi dan moist. Lepas tuh bila dah masak, kek tak akan kecut dan tak turun. Resepi ini tidak menggunakan ovalet langsung.

Resepi Kek Marble

kek marble

Imej via Facebook

Bahan-bahannya:

  • 1 cawan marjerin
  • 1 cawan gula halus
  • 2 cawan tepung gandum + 1 sudu teh baking powder (ayakkan)
  • 4 biji telur A
  • 2 sudu besar susu pekat
  • 1 sudu teh esen vanila

Cara-cara penyediaannya

  1. Putarkan gula dan marjerin menggunakan high speed sehingga adunan jadi warna putih. Nanti baru dapat kek yang betul-betul gebu.
  2. Masukkan telur sebiji demi sebiji dan putar lagi sehingga habis
  3. Masukkan esen vanila & susu pekat, putar sekejap sehingga sebati
  4. Menggunakan medium speed, masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit sehingga habis.
  5. Bakar pada suhu 160 untuk 20 minit pertama & naikkan suhu kepada 170 untuk 20 minit terakhir untuk dapatkan permukaan yang garing.
  6. Suhu dan masa bergantung pada oven masing-masing. Kalau tak nak garing dekat atas tu boleh rendahkan suhu dan tambah masa.

    Resepi Menarik Lain

    Selain kek marble, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai, sila baca dan cubakan. Jangan lupa like dan share resepi ini ya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami.

 

Penulis: Dhiaa Syamimi

Dhiaa Syamimi

Insan biasa yang berpegang kepada ilmu yang dikongsi itu takkan pernah berkurang malahan mungkin bertambah lagi. Semoga dengan sedikit coretan perkongsian di bidadari.my memberi manfaat untuk semua yang memerlukan. Sharing is caring guys :)

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.