Kami pasti ramai yang terunggu-tunggu resepi ini. Bertanyakan tahap-tahap dan cara membuat resepi kek coklat indulgence tanpa gelatin. Maka itu, hari ini kami tunaikan permintaan anda semua yang mana tengah sibuk menatal enjin carian untuk cari resepi sejak tadi.

Resepi dikongsikan oleh Nur Afirah Mohd Rosely‎ di laman Facebook. Kek coklat diperbuat menggunakan coklat pahit (dark chocolate), coklat putih (white chocolate) dan menggunakan coklat ganache sebagai lapis atas.

Dengan kaedah yang agak rumit sedikit, anda memang perlukan sabar tingkat tinggi untuk dapatkan hasil yang memuaskan. Diperlukan keterampilan yang handal dalam membuat kek agar kek menjadi. Selamat mencuba.

Kek Coklat Indulgence

Imej via Facebook

Bahan-bahan :

Kek coklat :

  • Boleh pakai tepung kek sedia ada. Senang buat hanya tambah telur, minyak dan air.

Filling Coklat Pahit :

  • 100 gram coklat pahit,
  • 150 gram butter,
  • 70 gram gula halus,
  • 2 biji kuning telur,
  • 250 ml krim segar.

Filling Coklat Putih :

  • 100 gram coklat putih,
  • 150 gram butter,
  • 70 gram gula halus,
  • 2 biji kuning telur,
  • 250 ml krim segar.

Coklat Ganache :

  • 300 gram coklat pahit,
  • 300 gram krim segar,
  • 25 gram butter.

Cara Membuat Filling :

  1. Putar krim segar hingga kental dalam 3 minit dan ketepikan.
  2. Ambil bekas lain, putar butter dan gula halus hingga kembang, tambah kuning telur dan putar lagi hingga berkrim.
  3. Campurkan coklat pahit yang sudah dimasak double boil, gaul rata.
  4. Masukkan krim segar yang sudah diputar tadi, guna kaedah kaup balik.
  5. Masukkan dalam piping beg.

    Imej via Facebook

    *Untuk kaedah coklat putih sama sahaja cuma bezakan coklatnya.

Cara Melapis Kek :

  1. Potong kek untuk dapatkan 4 keping.
  2. Letak lapisan kek :
    1. Kek
    2. White filling
    3. Kek
    4. Choc filling
    5. Kek
    6. White filling
    7. Kek
  3. Sapukan baki filling coklat pahit sekeliling kek,ratakan.

    Imej via Facebook

  4. Masukkan ke dalam peti ais untuk keraskan sedikit krim sebelum letak coklat ganache.
  5. Akhir sekali tuangkan coklat ganache di atas kek. Letak dalam peti sejuk kembali untuk keraskan coklat ganache.
  6. Jika sudah keras boleh potong dan sedia untuk dihidangkan.

    Imej via Facebook

Resepi Menarik Lain

Selain resepi kek coklat indulgence, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya.

Penulis: Rahayu Z

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.