Percayakah anda hanya menggunakan 3 bahan saja boleh buat resepi kek cheese sedap yang sangat mabeles!

Hanya menggunakan cream cheese Tatura, susu dan telur saja, membuat kek cheese yang gebu gebas jadi semudah kelipan mata.

Resepi kek cheese creamy yang dikongsikan oleh Marina Zainal di laman Facebook ini telah mendapat perkongsian yang amat ramai. Banyak yang telah cuba membuat di rumah, dan hasilnya tidak menipu, memang mudah!

Sekarang membuat kek cheese tidak lagi susah. Semua orang boleh buat jika resepi semudah dan sesenang ini betul bukan? Tunggu apa lagi, mari buat kek cream cheese sekarang.

Resepi Kek Cream Cheese

kek cheese

Imej via Facebook

Bahan-bahan :

kek cheese

Imej via Facebook

  • 120 g Tatura cream cheese,
  • 120 g susu pekat manis,
  • 3 biji telur gred B.

Cara-cara :

  1. Mula-mula, pukul cream cheese dan susu pekat sampai berkrim dan tidak berketul. Kalau mahu kurang manis boleh kurangkan susu pekat ya.
  2. Seterusnya, asingkan telur putih dan telur kuning.
  3. Ambil telur putih dan pukul sampai teksturnya berkrim (meringue).
  4. Telur kuningnya pula jangan dibuang. Masukkan ke dalam adunan cream cheese yang telah dipukul bersama susu pekat tadi.
  5. Sekarang kita campurkan kesemua adunan yang di atas tadi sehingga sebati. Kaupkan saja guna senduk.
  6. Tuangkan adunan ini ke dalam loyang yang sudah dilapik dengan baking paper. Kalau tidak ada, boleh guna kertas buku biasa yang kosong.
  7. Panaskan oven dengan suhu 150 darjah selama 10 minit. Bakar secara water bath (isi loyang dalam bekas berisi air)
  8. Letak air dalam loyang bawah, agak-agak dalam setengah loyang saja. Jangan sampai melimpah bila kita letak loyang kek tadi. Masa panaskan oven, air akan mendidih.

Cara bakar secara ‘waterbath’ :

  • Bakar pada 160 darjah untuk 30 minit pertama dengan api atas bawah.
  • Rendahkan suhu pada 150 darjah untuk 25 minit seterusnya atau sehingga masak.
  • Kadang-kadang ikut oven juga, suhu mungkin berbeza. Jadi kalau nak pastikan sama ada sudah masak atau belum, boleh cucuk dengan lidi dan tengok sama ada teksturnya masih melekat atau tidak.
  • Bila sudah masak, biarkan 15 minit dalam oven dan barulah keluarkan. Pintu oven bukakan sedikit.
  • Akhir sekali, bolehlah letak topping ikut kegemaran anda. Makan saja pun sudah sedap.
  • Gunakan parutan keju cheddar. Kalau mahu cairkan parutan keju pada topping, boleh masukkan sekejap dalam oven.
kek cheese

Imej via Facebook

Beginilah hasilnya, memang gebu dan lembut. Kalau buat topping dengan parutan keju yang dibakar macam di atas, terasa kerangupannya pada bahagian luar. Kombinasi yang lazat!

Nota : Sukatan ini boleh dapat dalam 1 loyang kecil saja. Sesuai untuk anda yang pertama kali cuba buat. Kalau rasa mahu kek yang lebih besar, boleh gandakan sukatan ya.

Resepi Menarik Lain

Selain resepi kek cheese, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami.  Jangan lupa like dan share resepi ini ya

Penulis: Rahayu Z

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.