Kami pasti pembaca di sini ramai yang meminat kek carrot dan ingin tahu resepi kek carrot yang lembut dan lazat.
Biasanya kelazatan kek carrot dipengaruhi oleh keharuman kulit kayu manis dan parutan carrot yang bergabung didalam adunan kek.
Kek carrot termasuk dalam jenis kek buah yang sangat lembut kerana ada sebahagian orang meletak kismis dan walnut ke dalam kek carrot.
Resepi kek carrot yang kami kongsikan ini sangat mudah dan senang. Dengan mengikuti resepi yang mendapatkan perkongsian ramai di Facebook yang dikongsikan oleh Azizi Rais, confirm anda akan dapatkan kek carrot yang sedap dan jadi.
Sila cubakan resepi ini. Sajikan kek carrot terbaik anda untuk hidangan bersama.
1. Dalam mixing bowl, masukkan minyak, telur dan icing sugar. Putar kelajuan tiggi selama 10 minit atau likat dan putih.
2. Masukkan tepung, soda, baking powder dan serbuk kayu manis (jangan terlampau banyak nanti menggannggu rasa carrot).
3. Kemudian masukkan carrot parut. Kaup balikkan sehingga sebati.
4. Bakar selama 1 jam dengan suhu 170’C, atau sehingga masak (dicucuk lidi).
5. Kemudian potong kek kepada 2 lapisan, sapukan topping di antara kek dan ratakan cream di atas kek dan deco menggunakan piping beg.
Selain resepi kek carrot, kami juga menulis resepi sedap dan mudah lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Jangan lupa share dan like resepi ini ya.