Encik Suami request nak makan Kari Ikan Jenahak resepi Sugu Pavitra yang pernah viral dulu ? Kalau buat, pasti bukan main lagi menambah-nambah bos makan ye. Almaklumlah resepinya tu macam best sangat kan. Resepi ini dikongsikan oleh Hasifah Che Mat . Menurut beliau, suami dan anakanda nya sangat suka dan kemain ceduk kuah karinya. Menurut beliau resepi ini diambil dari Bos LiLy Wahab II  dan famous Youtuber Sugu Pavitra. Jom tengok resepinya. Beliau menggunakan ikan jenahak.

Resepi Kari Ikan

kari ikan jenahak

Imej via Facebook

Bahan-bahannya

  • Bawang besar 1 biji – hiris nipis
  • Bawang putih 1 labu hiris nipis
  • Halia 2 inci tumbuk lumat
  • Cili hijau 2 dikerat 2
  • Biji sawi satu sudu besar / halba campur (biji sawi+halba+jintan manis) , kawan cakap letak lagi sedap
  • Daun Kari – 5/6 tangkai
  • Tomato 3 biji – potong 4
  • Bendi ikut sukati nak berapa (nak letak terung bulat pun boleh)
  • Ikan jenahak
  • Serbuk kari Babas – 2 peket kecil (mama beli je serbuk kari jenama lain sebab takde serbuk kari Baba’s)
  • Serbuk cili – 2-3 sudu besar atau kalau rajin bole blend cili kering cmpur belacan
  • Air asam jawa – 1/2 cawan
  • Santan 1 sudu kecik saja
  • Air kosong

Cara-cara penyediaannya

  1. Tumis bawang merah dan bawang putih dulu. Kemudian, masukkan biji sawi. Tumis selama seminit.
  2. Kemudian masukkan cili hijau. Tumis selama seminit.
  3. Kemudian masukkan halia. Tumis selama seminit.
  4. Kemudian masukkan daun kari, Tumis selama seminit.
  5. Kemudian masukkan tomato. Tumis selama seminit.
  6. Kemudian masukkan terung. Tumis sehingga masak.
  7. Kemudian masukkan serbuk kari dengan serbuk cili/cili blend. Masak sehingga pecah minyak.
  8. Masukkan air, tunggu sampai mengggelegak dan masukkan air asam jawa. Kemudian, masukkan satu sudu kecil santan. Kacau dan biarkan seminit.
  9. Masukkan ikan dan bendi. Kacau seminit dan kecilkan api. Tutup periuk dalam 3 hingga 4 minit.
  10. Masukkan gula garam ke cukup rasa Maggi. Kacau dan dah siap.

Baunya masyaAllah. Pasti tak sabar-sabar nak makan. Makan pula dengan nasi panas-panas.  Uishhh.. Selain ikan jenahak, ikan tenggiri, ikan merah atau ikan kembung pun sedap.

Resepi Menarik Lain

Selain resepi kari ikan jenahak, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya.

Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya.

Penulis: Dhiaa Syamimi

Dhiaa Syamimi

Insan biasa yang berpegang kepada ilmu yang dikongsi itu takkan pernah berkurang malahan mungkin bertambah lagi. Semoga dengan sedikit coretan perkongsian di bidadari.my memberi manfaat untuk semua yang memerlukan. Sharing is caring guys :)

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


error: Content is protected !!
.