Masakan kari  nih agak popular dikalangan akyat Malaysia tambah-tambah kaum India. Mereka ini memang tak boleh tinggal kari. Kari ialah sejenis masakan yang menggunakan rempah ratus dalam penyediaannya. Aroma rempah ratus sangat wangi dan boleh membangkitkan selera untuk makan. Lagi-lagi jika tengah lapar di waktu tengah hari, Makan dengan nasi panas, tersangatlah Umph!

Biasanya, kalau kita nak makan roti canai atau capatti atau roti seumpamanya, mesti wajib ada kari ni kan sebab gandingannya sangat sedap.  Bukan sebiji je roti, dua ke tiga biji pun sanggup habiskan tanpa fikirkan kolestrol ye dakk??

Tak percaya kari ini antara masakan kegilaan ramai? Buktinya, tengoklah dekat kedai-kedai dan pasaraya, ada jual kari tin tau. Untuk masakan kari, anda boleh cuba untuk pelbagai lauk seperti kari ayam, kari daging, sotong, udang dan lain-lain. Yang paling kaw adalah kari daging sebab apabila dimasak, air daging akan keluar dan memberikan rasa manis semulajadi pada gulai kari tersebut. Jika ditambah dengan ubi kentang, lagilah bertambah sedap kari anda itu.

Jadi, pada hari ini, kami akan paparkan satu resepi kari daging yang telah dikongsikan oleh saudari Siti Fatimah . Anda patut cuba ni tau, boleh lah nanti cicah dengan roti ker atau makan dengan nasi. Selamat mencuba!

Resepi Kari Daging

kari daging

Imej via Facebook

Bahan-bahannya:

  • Daging setengah kilo (rebus 40 min )
  • Rempah daging babas 1 bungkus
  • Bawang kecil 4 ulas (ditumbuk)
  • Bawang putih 2 ulas (ditumbuk)
  • Halia 1 inci (ditumbuk)
  • Lada hitam 1 sudu kecil (ditumbuk)
  • Jintan manis 1 sudu kecil (ditumbuk)
  • 2 biji ubi kentang
  • Sebungkus kerisik
  • Santan 1 Cawwn
  • Seketul pati ayam knorr
  • Sedikit garam
  • 2biji tomato
  • Cili padi 10 biji
  • Sedikit daun bawang
Cara-cara penyediaannya :
  1. Panaskan api
  2. Tumis kan ( 3 beradik- Bunga lawang, kayu manis, buah pelaga) , bawang kecil dan halia.
  3. Dah garing, bolehlah masukkan rempah daging babas yang sudah dibancuh dengan air, kerisik. Masakkan sehingga pecah minyak.
  4. Kemudian, masukkan santan, daging dan ubi kentang.
  5. Apabila dah lembut dan amsak semuanya, masukkan pati ayam, tomato yang dibelah empat, sedikit garam.
  6. Tunggu sehingga mendidih.

Dah siap. Sedia untuk dijamah.

Selain resepi kari daging ini, anda boleh lah menjengah lagi ke topik resepi di blog kami ini untuk melihat banyak resepi-resepi lain yang telah kami paparkan buat anda. Jangan lupa untuk LIKE dan SHARE ya!

Penulis: Dhiaa Syamimi

Dhiaa Syamimi

Insan biasa yang berpegang kepada ilmu yang dikongsi itu takkan pernah berkurang malahan mungkin bertambah lagi. Semoga dengan sedikit coretan perkongsian di bidadari.my memberi manfaat untuk semua yang memerlukan. Sharing is caring guys :)

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.