Masakan kari ialah sejenis masakan yang menggunakan rempah ratus dalam penyediaannya. Aroma rempah ratus sangat wangi dan boleh membangkitkan selera untuk makan. Lagi-lagi jika tengah lapar di waktu tengah hari, pekena dengan nasi putih dan ulam-ulaman bersama sambal belacan atau budu, tersangatlah Umph!

Selain nasi, kari juga sangat sedap dimakan bersama dengan roti. Biasanya, kalau kita nak makan roti canai atau capatti atau roti seumpamanya, mesti wajib ada kari ni kan sebab gandingannya sangat sedap. Bukan sebiji je roti, dua ke tiga biji pun sanggup habiskan tanpa fikirkan kolestrol ye dakk?? Hihi

Untuk masakan kari, anda boleh cuba untuk pelbagai lauk seperti kari ayam, daging, sotong, udang dan lain-lain. Yang paling kaw adalah kari daging sebab apabila dimasak, air daging akan keluar dan memberikan rasa manis semulajadi pada gulai kari tersebut. Jika ditambah dengan ubi kentang, lagilah bertambah sedap kari anda itu.

Jadi, pada hari ini, kami akan paparkan satu resepi kari daging yang telah dikongsikan oleh saudari Roskaryati Abu Bakar di Facebook. Anda patut cuba ni tau, boleh lah nanti cicah dengan roti ker atau makan dengan nasi. Selamat mencuba!

Resepi Kari Daging

Kari Daging

Image via Facebook

Bahan-bahan:

1 Kilo Daging
2 peket Rempah Kari Daging Babas
Santan RM4.00
3 sudu Kerisik.
2 Tangkai Daun Kari.
Bawang Putih, Bawang Merah, sedikit Halia dimayang.
Sedikit Bunga lawang dn Kulit Kayu Manis
Kentang dn Karet jika suka.

Cara-cara:

1. Daging dibasuh bersih dan digaul dgn rempah kari daging dan kerisik.
2. Tumis bawang putih, bawang merah, halia, daun kari, kulit kayu manis dan bunga lawang.
3. Apabila kekuningan masukkan daging yg digaul dgn rempah kari dn kerisik tadi.
4. Tambah 2 cawan air.
5. Masak daging tu sehingga kering dan pecah minyk.
6. Apabila dah pecah minyak masukkan santan.
7. Kalau suka pekat tambah sedikit air je udah dlm santan.
8. Dah mendidih masukkan kentang.
9. Kentang dah empuk masukkn cili hijau/cili merah.
10. Ok..dah boleh tutup api.

Selain resepi kari daging ini, anda boleh lah menjengah lagi ke topik resepi di blog kami ini untuk melihat banyak resepi-resepi lain yang telah kami paparkan buat anda. Jangan lupa untuk LIKE dan SHARE ya!

Penulis: Fazeeda Abdul Malik

Merupakan seorang graduan perakaunan dan kewangan. Kini menjadi suri rumah sepenuh masa yang aktif menggunakan dunia teknologi untuk memberi manfaat kepada masyarakat.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.