Mudah saja jika ingin makan kari ayam tanpa santan. Bersama resepi kari ayam oleh Mohd Saiful Azlan‎ di laman Facebook ini akan kami akan mendedahkan cara memasak kari ayam tapi tanpa pakai santan.

Sebagian orang terkadang tidak makan masakan mengandungi santan antaranya dikeranakan alahan penyakit kolesterol dan lain sebagainya. Namun hal tersebut bukan lagi menjadi masalah mulai kini.

Tiada pantangan lagi untuk menyantap hidangan kari ayam. Kerana dengan cara ini anda masih boleh makan kari ayam tentunya.

Rasanya masih cukup sama dengan kari ayam biasa umumnya. Tiada perbezaan tertentu bila makan kari ayam tanpa santan ini. Kuah kari pula pekat oleh rempah. Anda patut cuba resepi ini bila-bila. Sila mencuba.

Resepi Kari Ayam Tanpa Santan

Imej via Facebook

Bahan Tumis :

Resepi ini untuk 6 ketul ayam

  • Kayu manis 1 batang kecil,
  • Bunga lawang 1,
    Buah pelaga 2 biji,
  • Bawang besar 1 biji,
  • Bawang merah 2 ulas,
  • Bawang putih 2 ulas,
  • Halia ½ inch,
  • (Hiris nipis bawang dan halia).

Bahan Rempah :

  • 3 sudu besar rempah kari daging,
  • 2 sudu besar rempah kari ikan,
  • 1 sudu besar serbuk cili.

Cara-cara :

  1. Panaskan minyak dan tumis bahan tumis sehingga naik bau. Kalau ingin letak daun kari pun boleh.
  2. Bila bahan tumis sudah masak. Masukkan bahan rempah yang dicampur sedikit air:
  3. Bila rempah sudah masak dan naik bau. Masukkan ayam gaul rata dan biarkan ayam masak (nampak isi sudah putih). Tunggu sehingga naik bau dan rempah masak.
  4. Bila ayam sudah masak, tambah air. Ikut suka kuah pekat macam mana.
  5. Jika kuah hampir mengelegak boleh masukkan garam sesudu kecil dan ¼ sudu besar pes asam jawa.
  6. Kemudian masukkan sayur yang anda suka.
  7. Seterusnya, biarkan kari sampai pecah minyak dan makin pekat.
  8. Akhir sekali perasakan garam dan gula. Siap.

Resepi Menarik Lain

Selain resepi kari ayam tanpa santan, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya.

Penulis: Rahayu Z

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.