Masakan kedai mamak selalu menggugat selera. Seperti kari ayam yang menjadi menu khas kedai mamak. Tidak kira bangsa apa pun, pasti semua suka kari ayam kedai mamak yang dijual.

Terdapat pelbagai cara menikmati kari ayam mamak. Ada yang dijadikan lauk dimakan dengan nasi putih. Ada pula yang makan kari ayam dengan roti. Mengikut selera masing-masing janji sedap dan kenyang.

Resepi kari ayam mamak kali ini dikongsikan oleh Nazhatulshima Hashim‎ di laman Facebook. Resepi senang untuk ditiru. Selamat mencuba.

Resepi Kari Ayam Mamak

Imej via Facebook

Bahan-bahan :

  • Bawang merah,
  • Bawang putih,
  • Daun kari,
  • Sehelai daun pandan,
  • 4 sekawan,
  • Rempah kari daging babas,

Bahan blend:

  • Bawang besar,
  • Bawang putih,
  • Halia,
  • Cili kering,
  • Jintan putih,
  • Serbuk cili babas.

Cara-cara :

  1. Mula-mula tumis bawang merah dan putih,
  2. Kemudian masukkan daun kari dan sehelai daun pandan,
  3. Masukkan lagi 4 sekawan,
  4. Jika sudah garing masukkan rempah kari daging babas.
  5. Kemudian masukan terus bahan-bahan blend; bawang besar, bawang putih, halia, cili kering, jintan putih, serbuk cili babas. Tumis sampai pecah minyak.
  6. Masukan ayam yang sudah diperap sekejap dengan garam, gula, serbuk kunyit, sedikit cili blend dan satu sudu rempah daging.
  7. Masukan sekali dengan ubi kentang dan dua asam keping.
  8. Tambah air panas atau suam ikut sukatan kuah yang diinginkan.
  9. Bila ayam dan ubi kentang sudah masak, masukan garam dan sedikit ajinomoto atau serbuk cukup rasa maggi.
  10. Akhir sekali masukkan tomato.

Resepi Menarik Lain

Selain resepi kari ayam mamak, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya.

Penulis: Rahayu Z

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.