Resepi kari ayam ini patut anda cuba. Resepi mudah untuk lauk tengah hari atau malam.

Antara perkara yang dibawa oleh kaum India semasa zaman pra merdeka ialah masakan mereka. Kari adalah masakan kaum India yang paling popular di negara ini.

Hidangan ini kaya dengan rempah ratusnya dan gabungan bersama santan menyebabkan ianya pekat berlemak pasti dapat menarik selera yang merasainya.

Kari ayam kini dimasak oleh kebanyakkan kaum di Malaysia yang terkenal dengan semangat muhibbah. Ia juga boleh dinikmati bersama nasi, roti, roti jala atau nasi himpit, terpulang kepada selera peribadi anda. Mari cuba resepi kari ayam ini.

Resepi ini telah dikongsi oleh Mariana Zainal dan telah mendapat banyak perkongsian di Facebook.

Resepi Kari Ayam

Kari Ayam
Image via Facebook

Bahan – bahan:

  • 1/2 ekor ayam (dibasuh dan dipotong ikut suka)
  • Sebiji kelapa (dikisar dengan 3 1/2 cawan air kemudian perah dan tapis untuk ambil santannya)
  • 5-6 biji kentang (dipotong ikut suka)
  • 1 keping kulit kayu manis
  • 4-5 biji bunga lawang
  • 1 1/2 senduk minyak masak
  • Sebiji bawang besar (dihiris)
  • 5 ulas bawang putih (dihiris)
  • Sedikit halia (dihiris)

Bahan pes:

  • 2 paket kecil rempah kari Baba’s atau 4 sudu besar rempah kari
  • 1 sudu besar serbuk cili
  • 1 1/2 keping asam keping
  • 1 sudu teh gula
  • 1 sudu besar garam
  • 3 tangkai daun kari
  • Sedikit bahan perasa
  • 1 1/2 cawan air

Satukan semua bahan pes sehingga sebati

Cara – cara memasak:

  1. Panaskan minyak.
  2. Tumis bunga lawang, kayu manis, bawang besar, halia dan bawang putih sehingga naik bau.
  3. Masukkan bahan pes, sentiasa kacau sehingga lauk dimasak elok.
  4. Apabila sudah naik minyak dan warna rempah sudahpun berubah, masukkan santan.
  5. Gunakan api sederhana. Apabila sudah naik wap dan kuah sudah pun mula mendidih, masukkan ayam dan kentang.
  6. Sentiasa kacau sehingga kuah mendidih. Tunggu ayam dan kentang empuk.
  7. Kemudian, tambahkan garam dan serbuk perasa secukupnya.
  8. Siap, dan sedia untuk dihidang.

Resepi – resepi yang patut anda cuba:

Selain daripada resepi kari ayam ini, terdapat juga resepi resepi lain yang boleh anda cuba untuk mempelbagaikan juadah sehari – harian anda. Jangan segan untuk mencuba dan jangan lupa untuk kongsikan resepi ini bersama yang tersayang!

Penulis: Nur Dini Abd Aziz

Seorang mahasiswa universiti awam. Rajin berkongsi artikel lazimnya resepi di Bidadari.My

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.