Untuk peminat-peminat kambing khususnya, hari ini kami akan berkongsi resepi kambing bakar kegemaran anda dan keluarga. Meskipun banyak menu masakan kambing, namun menu kambing bakar sos lada hitam selalunya jadi pujaan ramai.
Kambing bakar boleh dijadikan hidangan untuk jamuan raya, acara mahupun majlis istimewa. Resepi di bawah ini menggunakan oven untuk bakar daging kambing. Hal itu boleh sahaja tiada masalah, namun kalau bakar guna arang rasanya lebih sedap dan terangkat.
Resepi kambing bakar yang dikongsikan oleh Aryn Locos di Facebook ini hanya untuk makan 2 orang sahaja. Kalau mahu masak banyak kena pandai agak-agak.
Resepi ini pula tanpa perap, hanya gaul-gaul dan terus bakar. Jika mahu perap pun boleh. Kami telah menulis tips untuk perap yang baik di bahagian akhir resepi ini. Bahan yang digunakan untuk perapan kambing sangat mempengaruhi keenakan rasanya. Selamat mencuba.
1. Masukkan semua bahan dan gaul sebati dengan daging kambing.
2. Terus bakar. Boleh bakar guna arang atau oven.
3. Bakar guna oven selama 1-1.30 jam suhu 200’C bergantung pada oven.
4. Agak-agak sudah hangus sedikit-sedikit, daging boleh diangkat.
5. Boleh hidang dengan kuah blackpepper atau ratah gitu pun sedap.
1. Cuci daging betul-betul bersih dan tapis sampai tak ada air baru kemudian masukkan semua bahan supaya perapan tak berair dan cair.
2. Kalau mahu perap, tutup bekas pakai plastik atau Aluminium foil dan letak dalam peti.
3. Mahu frozenkan pun tiada masalah. Terus masukkan dalam tupperware.
4. Kalau untuk makan ramai better bakar di atas arang, lagi mengancam dan semerbak baunya.
Selain resepi kambing bakar, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Oh ya, jangan lupa share dan like resepi ini ya.