Resepi yang ingin dikongsikan ini sangat bagus untuk kesihatan, malah sangat sedap juga. Hal ini adalah kerana jus ini diperbuat daripada bahan-bahan yang mengandungi banyak khasiat seperti lemon, halia dan madu. Tiga bahan ini sahaja sudah mampu untuk membuat jus yang berkhasiat.
Terdapat banyak kebaikan apabila bahan-bahan ini digabungkan menjadi jus. Antara kebaikannya adalah boleh keluarkan angin di dalam badan, rendahkan paras kolesterol, turunkan berat badan dan lain-lain lagi. Maka jus ini sangat sesuai untuk semua peringkat umur tidak kira jantina lelaki atau perempuan.
Resepi ini telah dikongsikan oleh Fandy Mieyza di Facebook dan telah mendapat perkongsian ramai! Mari kita cuba resepi ini.
#Minum 1 sudu pagi dan 1 sudu malam sebelum tidur.
#Kalau nak manis , tambah madu lagi…ikut citarasa masing2.
Siap!
Selain resepi Jus Halia Bermadu, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Oh ya, jangan lupa share dan like resepi ini ya.