Bosan dengan diet makan yang sihat hari-hari? Apa kata anda kreatifkan diri dengan mengolah bahan-bahan yang sihat menjadi resepi jus buah buahan dan sayuran yang enak tetapi menyihatkan.

Artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda mengenai beberapa resepi jus buah buahan dan sayuran yang sangat bagus untuk kesihatan dengan khasiat dan nutrisi yang begitu tinggi.

Panduan resepi jus buah buahan dan sayuran

Campuran buah buahan dan sayuran adalah kombinasi campuran jus yang sangat ideal untuk menghasilkan minuman diet yang bagus untuk kesihatan tubuh badan.

Berikut ini kami kongsikan beberapa resepi jus buah buahan dan sayuran yang boleh anda cuba sendiri di rumah.

1. Jus lobak merah, nenas dan halia

Resepi jus buah buahan dan sayuran

Campuran lobak merah, nenas dan halia adalah gabungan berperisa tropika yang sangat lazat serta mempunyai manisan semula jadinya tersendiri. Ia amat bagus sebagai penambah tenaga tambahan kepada tubuh badan.

Bahan-bahannya:

  • 7-9 lobak merah
  • 1/4 isi nenas (1 cawan)
  • 1 inch halia sudah dikupas

Cara membuatnya:

  1. Masukkan lobak merah, isi nenas, dan halia ke dalam pengisar.
  2. Kemudian, kisarkan ia sehingga hancur.
  3. Jus lobak merah, nenas dan halia sedia untuk dihidangkan

2. Jus lemon, halia dan kunyit

Resepi jus buah buahan dan sayuran

Kunyit dan halia mempunyai fungi sebagai anti radang semula jadi dan antioksidan yang baik untuk kesihatan. Lemon pula secara semulajadi menyahtoksik dan mengalkalikan dalam badan, membantu dalam pergerakan usus yang sihat, dan mempunyai banyak vitamin C, yang meningkatkan sistem imun.

Manakala lada hitam membantu dalam meningkatkan penyerapan fungsi kunyit sehingga 2000%. Memang sangat menakjubkan!

Bahan-bahannya:

  • 1 biji oren (dikupas & potong)
  • 2 biji lemon (dikupas & potong)
  • 1/4 cawan kunyit yang sudah di kupas dan dihiris halus
  • 1/4 cawan halia yang sudah dikupas dan dihirs halus
  • 1/8 sudu lada hitam
  • 1/4 sudu minyak zaitun

Cara membuatnya:

  1. Masukkan kunyit, halia, oren, dan lemon ke dalam pengisar.
  2. Kemudian tambahkan sedikit air dan kisarkan ia sehingga hancur.
  3. Tapiskan jus ke dalam gelas dengan menggunakan penapis.
  4. Taburkan sedikit lada hitam dan minyak zaitun.
  5. Jus lemon, halia, dan kunyit sedia untuk dihidangkan.

3. Jus hijau

Resepi jus buah buahan dan sayuran

Sayuran hijau secara semula jadinya mengandungi banyak khasiat. Ia rendah karbohidrat tetapi kaya dengan serat, mengandungi banyak kandungan air, antioksidan, mengandungi beta-karotena, dan membantu menangani masalah kesihatan yang lain.

Bahan-bahannya:

  • 1 pokok kale
  • 1 inch halia sudah dikupas
  • 1 epal hijau
  • 5 batang saderi (dibuang akarnya)
  • 1/2 timun
  • Sedikit parsley

Cara membuantnya:

  1. Basuh sehingga bersih semua sayur-sayuran tersebut.
  2. Kemudian, potongkannya secara besar-besar.
  3. Masukkan semua bahan tadi ke dalam pengisar dan kisarkannya sehingga hancur.
  4. Tapiskan jus ke dalam gelas.
  5. Jus hijau sedia untuk dihidangkan.

4. Jus tembikai

Resepi jus buah buahan dan sayuran

Jus tembikai tinggi dengan vitamin A, vitamin C dan kalium. Selain itu ia juga terkandung sebanyak 92% air yang berfungsi untuk menghidratkan tubuh.

Bahan-bahannya:

  • 6 potong isi tembikai
  • Sedikit jus limau nipis

Cara membuantnya:

  1. Masukkan isi tembikai tadi ke dalam pengisar.
  2. Kemudian kisarkannya sehingga hancur.
  3. Untuk lebih rasa, perahkan jus limau nipis ke dalam pengisar dan kisarkan lagi dalam beberapa saat.
  4. Jus tembikai siap untuk dihidangkan.

5. Jus delima

Resepi jus buah buahan dan sayuran

Buah delima mengandungi khasiat yang tinggi dengan antioksidan, selain nutrisi seperti vitamin C, vitamin E, vitamin B9 dan kalium.

Bahan-bahannya:

  • Buah delima dibelah 2, diambil separuh dan dikeluarkan isinya
  • 3 sudu teh gula pasir
  • 200 ml air
  • Ketulan ais

Cara membuantnya:

  1. Masukkan semua bahan ke dalam pengisar dan kisarkan ia sehingga halus.
  2. Tuangkan ke dalam gelas dan letakkan ketulan ais.
  3. Jus delima sedia untuk dihidangkan.

6. Kiwi Agua Fresca

Resepi jus buah buahan dan sayuran

Ramai mungkin tidak perasan akan khasiat buat kiwi. Buah kiwi ini juga merupakan sumber nutrisi yang baik kerana mengandungi vitamin C, kolin, lutein dan zeaxanthin. 

Ia berperanan membekalkan sumber antioksidan yang mampu untuk mengawal radikal bebas dalam badan.

Bahan-bahannya:

  • 7-8 buah kiwi sudah masak (dikupas dan dibelah empat)
  • 6-8 cawan air
  • Sedikit gula

Cara membuantnya:

  1. Masukkan buah kiwi, air, dan sedikit gula ke dalam pengisar.
  2. Kemudian, kisarkan ia sehingga hancur.
  3. Tuangkan ke dalam gelas.
  4. Jus Kiwi Agua Fresca sedia untuk dihidangkan.

7. Jus tomato, bayam dan pasli

Campuran bahan utama sepeti tomato, bayam, dan pasli amat bagus untuk meningkatkan imun tubuh badan bagi menghindarkan diri dari penyakit.

Bahan-bahannya:

  • 2 cawan jus tomato rendah natrium
  • 1 cawan bayam
  • 1/4 cawa pasli segar
  • 1/8 sudu kecil bunga cengkih
  • 1/8 sudu kecil lada hitam
  • 1/8 sudu teh lada cayenne
  • 1/4 sudu teh kunyit
  • 1/8 sudu teh kayu manis

Cara membuantnya:

  1. Masukkan kesemua bahan ke dalam pengisar.
  2. Kemudian kisarkannya sehingga hancur.
  3. Tuangkan ke dalam gelas.
  4. Jus tomato, bayam dan pasli sedia untuk dihidangkan

8. Jus Saderi

Jus saderi adalah antara minuman terbaik diminu pada waktu pagi untuk membantu menyihatkan kesihatan usus, menguatkan hati, dan menyokong tumbesaran badan.

Bahan-bahannya:

  • 1 tandan saderi
  • 1/4 cawan air

Cara membuantnya:

  1. Gunakan 1 tandan saderi organik dan potong pangkalnya untuk asingkan tangkai.
  2. Kemudian, basuh dengan air sehingga bersih.
  3. Potong tangkai saderi menjadi kepingan 1 inci dan masukkan ke dalam pengisar.
  4. Tambahkan 1/4 cawan air ke dalam pengisar.
  5. Gunakan penapis untuk memerah jus saderi ke dalam gelas.
  6. Jus saderi sedia untuk dihidangkan

9. Jus timun

Timun dikenali sebagai agen penyejuk dan penghidrat kepada tubuh badan. Ia terkandung dengan khasiat seperti kebanyakkan sayuran yang lain, rendah kalori, dan tinggi nutrisi.

Bahan-bahannya:

  • 1 batang timun
  • 1 biji epal hijau
  • 1 cawan air
  • Sedikit garam
  • 1/2 sudu perahan lemon atau limau nipis (pilihan)

Cara membuantnya:

  1. Masukkan timun dan epal hijau yang sudah dikupas dan dipotong kecil ke dalam pengisar.
  2. Tambahkan sedikit garam, air, dan perahan lemon tadi.
  3. Kisarkan kesemuanya sehingga hancur.
  4. Gunakan penapis untuk memerah jus timun dalam gelas.
  5. Jus timun sedia untuk dihidangkan

10. Jus karot, nenas dan oren

Jus campuran karot, nenas, dan oren ini adalah sangat sesuai dan menyegarkan tekak lebih-lebih lagi ketika musim panas.

Bahan-bahannya:

  • 3 batang lobak merah
  • 1/2 biji nenas (dikupas & dipotong kecil)
  • 1 oren besar dikupas dan dipotong menjadi kepingan

Cara membuantnya:

  1. Masukkan lobak merah, nenas, dan oren ke dalam pengisar.
  2. Kisarkan kesemuanya sehingga hancur.
  3. Tuangkan ke dalam gelas.
  4. Jus karot, nenas dan oren sedia untuk dihidangkan.

Selain dari panduan resepi jus buah buahan dan sayuran ini, anda juga boleh baca artikel resepi kami yang lain berkenaan minuman kesihatan seperti:

Sumber:

  1. 3 Resep Jus Sayur Super Simple. Sayur Box
  2. Healthy Juice Recipes, Plus a Nutritionist’s Tips for Making It at Home. Pure Wow

Penulis: hannani

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.