Tiba-tiba teringin pula makan mee hitam korea. Maka hari ini kami ingin berkongsikan resepi jajangmyeon atau bahasa Melayunya mee kacang hitam atau dalam English korean black bean noodle.

Jajangmyeon merupakan hidangan mee ditambah dengan sos pekat diperbuat daripada pes kacang soya hitam, daging dan sayuran yang dipotong dadu, dan adakalanya juga makanan laut. Jajang bermaksud “sos digoreng”, myeon pula bermaksud “mee”.

Rasa jajangmyoen lebih kepada manis. Namun kalau anda suka pedas boleh tambah lada mengikut selera anda. Resepi yang dikongsikan oleh ‎Nor Athirah‎ di laman Facebook ini sudah diolah mengikut tekak orang melayu dan bahan-bahannya pula mudah didapat.

Tunggu apalagi, jom buat resepinya. Beli di restoran korea harganya mahal bukan? Lebih baik kalau buat sendiri lebih puas makan dan boleh diselaraskan dengan selera anda. Selamat mencuba.

Resepi Jajangmyeon Untuk  5-6 Orang

jajangmyeon

Imej via Facebook

Bahan-bahan :

  • Milidi 2 paket. Rebus sehingga lembut.

Bahan Kuah :

  • Bawang putih 6-7 ulas (dicincang),
  • Bawang holland 2 biji*,
  • Lobak 2 biji*,
  • Timun jepun 2 biji*,
  • Kentang 4 biji*,
  • Isi ayam/daging*,
  • Cili giling/lada boh,
  • Taucu,
  • Kicap kipas udang,
  • Garam,
  • Gula,
  • Cuka,
  • Cukup rasa maggi,
  • Tepung ubi kayu,
  • Sesame oil,

Cara-cara :

  1. Mula-mula, bahan yang bertanda * dipotong dadu.
  2. Kemudian, tumis bawang putih bersama sedikit minyak masak dan dua sudu sesame oil.
  3. Bila sudah garing dan naik bau, masukkan 2 sudu lada boh hingga pecah minyak.
  4. Masukkan 1 cawan kicap dan 2 sudu taucu masin.
  5. Masukkan ayam yang sudah dipotong dadu.
  6. Kemudian masukkan semua bahan yang bertanda *.
  7. Jika sudah agak kering terus masukkan secawan atau dua cawan air.
  8. Tunggu hingga semua bahan-bahan empuk dan masukkan bahan-bahan perasa : 1 sudu garam, 3 sudu gula, 1 sudu cuka dan 2 sudu cukup rasa.
  9. Bancuh 2 sudu tepung ubi bersama sedikit air dan masukkan dalam kuah. biar agak pekat dan siap.
jajangmyeon

Imej via Facebook

Nota :

  • Boleh guna tepung ubi kayu atau tepung jagung utk pekatkan kuah.
  • Kalau guna taucu masin, pastikan rasa dulu baru letak garam.

Resepi Menarik Lain

Selain resepi jajangmyeon, kami juga menulis resepi sedap dan mudah lainnya yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa share dan like resepi ini ya.

Penulis: Rahayu Z

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.