Norizah Saad berkongsikan resepi ikan tenggiri masak cuka. Mesti ramai antara pembaca yang masih kurang familiar dengan ikan masak cuka. Padahal ini ialah menu yang sedap untuk dicubakan.

Ikan digoreng terlebih dahulu baru kemudian ditumis. Hidangan ini sedap dimakan bersama nasi putih panas-panas. Paling sesuai jika ikan yang digunakan ialah ikan tenggiri atau ikan merah. Ikan terasa lembut dan terasa masam dan wangi aromanya. Sangat membangkitkan selera.

Walau tampak senang, namun anda harus tahu bahawa untuk membuat ikan masak cuka yang sedap kena bubuh bawang merah dan bawah putih yang kecil-kecil.

Sesetengah orang panggil masak cuka ini dengan jeruk ikan. Masakan ini boleh tahan untuk satu hari. Masak hari ini esok masih boleh makan lagi. Mahu hidangan ikan yang sedap? Sila cuba ikan tenggiri masak cuka ini.

Resepi Ikan Tenggiri Masak Cuka

tenggiri masak cuka

Imej via Facebook

Bahan-bahan :

  • 2-3 ketul isi ikan,
  • 10 ulas bawang kecil (pilih ulas yang halus),
  • 5 ulas bawang putih,
  • 6 biji cili padi,
  • 1 camca biji sawi,
  • Sedikit halia,
  • 2 camca cuka makan,
  • Garam dan gula secukup rasa,
  • Sedikit minyak untuk menumis.

Cara-cara :

  1. Ikan digaul terlebih dahulu dengan sedikit kunyit dan garam.
  2. Kemudian goreng ikan tapi jangan garing sangat.
  3. Ambil periuk dan bubuh sedikit minyak. Bila minyak panas terus tumis biji sawi.
  4. Lalu masukkan bawang kecil dan bawang putih.
  5. Masukkan ½ cawan air.
  6. Masukkan cuka. Garam, gula dan cili padi.
  7. Biar sekejap dan angkat.
  8. Sedia untuk dihidangkan.

Resepi Menarik Lain

Selain resepi ikan tenggiri, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya.

Penulis: Rahayu Z

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.