Ikan keli merupakan ikan air tawar yang senang dijumpai di Malaysia. Ikan keli biasa jadi hidangan istimewa dalam acara kenduri keluarga. Walaupun ada sebahagian orang tidak menyukai ikan keli.
Ikan yang berlendir dan hidup di air berlumpur ini menjadi favorite kerana rasa dagingnya yang sedap. Namun ada sebahagian orang yang tidak menyukainya kerana rasanya yang agak hanyir dan tidak tahu cara resepi memasak keli yang sedap.
Bagi anda yang menyukai ikan keli anda patut mencuba resepi ikan keli bakar ini. Teruntuk anda yang tidak suka keli, anda juga patut cuba resepi ini. Konfirm anda akan menyukai ikan ini. Dagingnya lembut dan sedap.
Supaya tidak membuang masa, sila baca resepi ikan keli bakar sambal stim yang kami kongsikan ini, dikongsikan oleh Rosma Ros di Facebook. Hanya menggunakan kuali leper, didapat lah masakan yang mampu membuat anda menjilat jari. Selamat mencuba.
1. Panaskan minyak, tumis bahan blender.
2. Bila menggelegak bubuh semua bahan perasa, biarkan pecah minyak.
3. Kalau sudah pecah minyak masukkan air. Masak lagi sampai cili betul-betul masak. Siap dan boleh tutup api.
4. Hamparkan daun pisang atas kuali leper. Curahkan bahan sambal sedikit di atas daun pisang.
5. Letak ikan. Curah lagi sambal selebihnya menutupi ikan.
6. Tutup ikan dengan tudung periuk kukus. Slowkan api. Biarkan ikan masak secara bakar stim.
7. Dalam 10 minit tak perlu tengok tapi balik-balikkan untuk bagi masak sekata. Siap.
Selamat mencuba.
Selain resepi ikan keli bakar sambal stim, kami juga menulis resepi sedap dan mudah lainnya yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa share dan like resepi ini ya.