Jom cuba resepi illet ikan dori sweet and sour. Sedap dijadikan lauk makan tengah hari dengan nasi putih panas-panas. Menggunakan isi ikan dori yang dipotong segi empat.

Ikan yang dipotong segi empat dicelup telur dan dibalut dengan tepung jagung. Kemudian ikan digoreng garing dalam minyak penuh hingga tenggelam.

Ikan dori yang telah digoreng garing ini kemudian dihidangkan dengan sos sweet sour yang disiramkan ke atasnya. Merangsang rasanya ikan dori sweet sour berkuah masam manis.

Anda patut cuba resepi dori sweet sour yang dikongsikan oleh Ana Azly di laman Facebook. Berikut resepinya telah kami tuliskan di bawah ini.

Resepi Ikan Dori Sweet Sour

ikan dori

Imej via Facebook

Bahan-bahan:

  • 400 gram isi ikan dori, bersihkan, potong saiz kecil dan keringkan.
  • 1 biji putih telur, pukul sedikit dengan garpu.
  • Tepung jagung secukupnya untuk balut ikan yang sudah dicelup telur.
  • Minyak goreng secukupnya.

Cara-Cara Goreng Ikan :

  1. Ikan yang sudah kering tadi dicelup dalam putih telur.
  2. Kemudian golek ikan dalam tepung jagung.
  3. Goreng ikan dalam minyak panas, ikan harus sampai tenggelam.
  4. Goreng hingga ikan garing dan rangup. Ketepikan.

Bahan Untuk Sos Sweet Sour :

  • 2 biji bawang putih, cincang.
  • 1 biji bawang Holland, potong dadu.
  • ½ biji lada benggala hijau, potong dadu.
  • 1 biji tomato potong dadu.
  • 10 ketul nenas dadu.
  • 3 sudu makan tomato sos.
  • 2 sudu makan sweet chilli sos.
  • 2 sudu makan plum sos.
  • 1 sudu makan lemon jus.
  • 2 sudu makan minyak untuk menumis.

Cara-Cara Buat Sos :

  1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang putih hingga naik bau.
  2. Masukkan bawang besar dan lada benggala yang dipotong dadu tadi, digoreng hingga layu
  3. Masukkan semua sos, sos tomato, plum sos dan sweet chilli sos. Masak sekejap kemudian masukkan tomato. Masak hingga mendidih sekejap.
    Masukkan lemon jus, Kacau rata.
  4. Akhir sekali masukkan nenas dan ikan yang sudah digoreng awal-awal tadi.
  5. Kacau rata hingga ikan bersalut semua sos. Kalau ingin berkuah boleh tambah air sedikit.
  6. Siap. Boleh tutup api.

Resepi Menarik Lain

Selain resepi ikan dori, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya.

Penulis: Rahayu Z

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.