Ikan cencaru biasanya enak digoreng dan dibakar. Kulit luarnya yang keras menjadikannya sangat sesuai untuk dibakar dan digoreng. Apabila ikan sudah masak, isi dalamnya masih lagi lembut dan sedap untuk dimakan. Jarang orang kita guna ikan cencaru untuk dibuat gulai atau sup kerana kulit dan tulangnya sangat keras yang boleh membahayakan kita terutama anak-anak yang masih kecil.

Ikan cencaru sangat sedap jika dibuat resepi cencaru sumbat. Banyak versi yang boleh kita cuba untuk cencaru sumbat ini. Ada yang sumbat dengan sambal kelapa dan ada juga yang sumbat dengan sambal lada hidup atau lada kering. Tak kesahlah yang mana satu pilihan hati anda, yang penting, ikan cencaru yang disumbat itu memang marvelous sangat!

Ikan cencaru sumbat boleh digoreng atau dibakar. Jika suka ikan yang garing, anda boleh buat versi ikan cencaru goreng sumbat. Jika suka masakan bakar-bakar dan ingin jaga kesihatan, bolehlah buat versi ikan cencaru sumbat bakar. Keduanya memberi rasa yang sedap. Yang penting, anda mampu menyediakan sambal sumbat yang superb untuk menjadikan ikan cencaru sumbat anda terlajak sedap.

Untuk membantu anda menyediakan juadah ikan cencaru sumbat yang sedap, kami akan kongsikan resepi sedap yang disediakan oleh saudari Sharifah Nurul Shahida di Facebook. Resepi ini jugalah yang digunakan oleh beliau untuk menjual ikan cencaru sumbat di tapak perniagaannya. Semoga bermanfaat.

Resepi Ikan Cencaru (5 ekor ikan)

Ikan cencaru sumbat

Image via Facebook

Bahan-bahan:

*Cili kering 10-15tangkai
*1 bawang besar
*2 biji bawang putih

2 biji bawang besar (di potong dadu)
2 sudu serbuk cili babas
2 sudu sos cili
2 sudu sos tomato
Garam,gula dan minyak masak.

Cara Penyediaan:

1) Blender halus semua bahan yang bertanda*
2) Panaskan 3 sudu besar minyak masak.
3) Masukkan semua bahan blender dan letakkan sedikit air.
4) Kemudian masukkan serbuk cili babas (wajib pakai cap babas baru warnanya akan merah menarik), sos cili, sos tomato dan bawang yg didadu.
5) Masukkan garam dan sedikit gula. Masak hingga kekeringan. Siap
6) Kemudian, bolehlah di sumbat kan ke dalam ikan yg dah di goreng/dibakar. Kalau nak lagi sedap, sumbat dulu inti dalam ikan pastu goreng bersama.

Selain resepi yang sedap ini, terdapat banyak lagi resepi lain yang sedap. Jemput lihat kesemua resepi dan jangan lupa untuk LIKE dan SHARE.

Penulis: Fazeeda Abdul Malik

Merupakan seorang graduan perakaunan dan kewangan. Kini menjadi suri rumah sepenuh masa yang aktif menggunakan dunia teknologi untuk memberi manfaat kepada masyarakat.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.