Terdapat empat jenis ikan bawal yang ada iaitu ikan bawal hitam, putih, cermin dan emas. Ikan bawal ini rasanya sangat sedap namun harganya agak mahal berbanding ikan-ikan biasa yang lain terutamanya ikan bawal emas. Tapi, kalau nak makan sedap sekali sekala, kita belanja lebih sedikit pun tidak mengapa bukan? Untuk diri sendiri dan keluarga tersayang juga.

Disebabkan rasanya yang sedap, ikan bawal ini sangat sesuai dimasak dengan pelbagai jenis masakan seperti masak asam pedas, gulai kari, gulai kuning, masak tiga rasa dan lain-lain malahan sangat sedap walaupun hanya digoreng biasa. Terpulang pada citarasa masing-masing untuk makan masakan jenis macam mana yang lebih menyelerakan dan sesuai dengan anak tekak masing-masing.

Kami ingin kongsikan satu resepi ikan bawal goreng halia yang sangat sedap. Biasanya kita hanya goreng biasa ataupun paling malas kita hanya goreng bawang besar dan taburkan atas ikan goreng tersebut kan.Haa resepi kali ini lebih special sebab kita masukkan sekali halia. Halia yang banyak lebih memberi rasa sedap se lain khasiatnya dapat membuang angin dalam badan kita.

Resepi ikan bawal goreng halia ini telah disumbangkan oleh saudari Norsharmiza Ashikin di Facebook. Kata beliau, resepi ini diperoleh daripada kawannya yang berbangsa cina. No wonderlah ada masuk halia kan. Nampak lebih berkhasiat dan menyelerakan. Yang suka atau anak try masakan cina WAJIB try tau. Sedap ni! Selamat mencuba!

Resepi Ikan Bawal Goreng Halia

Ikan bawal goreng halia

Image via Facebook

Bahan-bahan:

2 ekor ikan bawal emas
Garam kunyit untuk goreng ikan
1 biji bawang besar
1 labu bawang putih
Halia sebanyak mana yang suka
Cili padi sebanyak mana yang suka

Cara Penyediaan:

(1) Mayang halus bawang besar, bawang putih, halia dan cili padi
(2) Kelar ikan dan lumurkan dengan garam kunyit.
(3) Panaskan minyak dan goreng sehingga garing. Angkat.
(4) Goreng halia sampai garing dan angkat.
(5) Tumis garing bawang besar, bawang putih dan cili padi. Angkat dan letak/tabur di atas ikan
(6) Last sekali, tabur halia goreng tadi. Biar nampak halia kat lapisan atas sekali.

Selain resepi ikan bawal goreng halia yang sedap ini, ada banyak lagi resepi-resepi lain yang sedap-sedap kesemuanya. Jemputlah untuk menjengah kesemuanya ya. Jangan lupa untuk LIKE dan SHARE sekali!

Penulis: Fazeeda Abdul Malik

Merupakan seorang graduan perakaunan dan kewangan. Kini menjadi suri rumah sepenuh masa yang aktif menggunakan dunia teknologi untuk memberi manfaat kepada masyarakat.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.