Ikan bakar berempah, hidangan sedap yang sesuai untuk dijadikan lauk untuk makan malam. Antara resepi yang menjadi kesukaan ramai sejak dulu lagi.

Jom masak resepi ikan bakar berempah. Anda patut cubakan di rumah.

Resepi kali ini akan kongsikan cara masak ikan bakar berempah yang sedap menjilat jari. Menciptakan citarasa restoran dengan menggunakan ikan talapia sebagai bahan utama di rumah.

Resepi ikan bakar berempah yang dikongsikan oleh Zaa Zafwan‎ di laman Facebook ini amat menarik. Jika dilihat dari tampilannya, resepi ini amatlah menggiurkan. Paling sedap kalau dimakan dengan nasi panas-panas, makin berselera makan.

Resepi Ikan Bakar Berempah

Imej via Facebook

Bahan-bahan :

  • 2 ekor ikan talapia atau ikan jenis lain.
  • Bawang merah besar (2 biji),
  • Bawang putih (5 ulas),
  • Halia,
  • Lengkuas,
  • Serai 2 batang,
  • Minyak,
    *Kesemua bahan di atas ditumbuk atau dikisar (kecuali ikan).
  • Pes asam jawa,
  • Rempah kari ikan atau daging,
  • Cili giling,
  • Daun kunyit (dimayang halus),
  • Garam dan gula,
  • Daun pisang.

Cara-cara :

  1. Mula-mula tumis bahan tumbuk/kisar sampai agak garing.
  2. Kemudian masukkan cili giling dan rempah kari, tumis sampai pecah minyak sedikit.
  3. Terus masukkan pes asam jawa.
  4. Masukkan garam dan gula.
  5. Taburkan daun kunyit.
  6. Agak-agak sudah terasa masam masin manis, boleh tutup api.
  7. Sapukan pes pada ikan dan balut dengan daun pisang.
  8. Bakar ikan sehingga masak.

    Imej via Facebook

Resepi Menarik Lain

Selain resepi ikan bakar berempah, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya.

Penulis: Rahayu Z

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.