Musim durian telah pun tiba, gerai jualan durian pula sangat ramai diburu peminat durian di mana saja berada. Selalunya kalau beli durian mestilah tidak cukup satu, kena beli banyak juga.

Namun kadang makan durian satu saja sudah cukup kenyang dan kadang mulai bosan makan terlampau banyak. Apakata kalau anda simpan dulu durian tadi untuk kemudian dibuat jadi durian crepe?

Crepe ialah dessert sejenis pancake yang sangat nipis, ia terbuat daripada pelbagai jenis tepung. Crepe dibuat senipis mungkin dan biasanya diberi inti seperti nutella, pisang, strawberry, butter dan lain-lain.

Durian crepe pula ianya menggunakan inti durian dengan whipping cream dan dibalut dengan kulit crepe yang sangat nipis. Semakin nipis kulit maka semakin sedap rasa crepe.

Sila buat resepi crepe durian lemak berkrim yang sangat viral ini, dengan inti durian yang sangat sedap dan aroma yang merangsang selera. Resepi yang dikongsikan oleh ‎Shah Sue‎ di laman Facebook ini sangat mudah untuk dicuba. Kesemua gambar dalam resepi ini dikredit oleh Syazwani Awang. 

Resepi Durian Crepe

durian crepe

Imej via Facebook

Bahan-bahan :

  • 1 sudu besar tepung gandum,
  • 1 sudu besar tepung jagung,
  • 1 sudu besar tepung ubi kayu,
  • 1 sudu besar tepung ubi kentang,
  • 1 sudu besar tepung kastard,
  • Sedikit garam,
  • 2 sudu besar gula icing,
  • 2 biji telur saiz A,
  • 1 sudu besar minyak masak,
  • 1/2 cawan air,
  • 1/2 cawan susu cair,
  • Sedikit esen vanila,
  • Beberapa titik pewarna kuning.
  • Isi durian yang dihancurkan
  • 500 gm whipping cream,
  • 2 sudu besar gula icing.

Cara Membuat Kulit Crepe :

1. Kesemua tepung di atas diayak terlebih dahulu dan masukkan ke dalam satu bekas.

2. Masukkan garam, gula icing, minyak, esen vanila, telur yang dipukul sebati dan masukkan air, susu segar serta pewarna kuning. Blenderkan. Kemudian tapis.

3. Panaskan non stick pan saiz kecil (17 cm diameter tapak) api sederhana. Sapu kuali dengan sedikit minyak. (Oles guna tisu).

4. Apabila kuali dah panas, angkat dan masukkan kurang 1 senduk adunan ke dalam kuali. Lenggangkan kuali sehingga adunan rata dan nipis. Pastikan crepe tadi memenuhi permukaan kuali.

5. Letak kembali kuali di atas dapur untuk seketika dan kemudian angkat. Jangan lama sebab nanti crepe akan hangit. Crepe ini tidak perlu diterbalikkan kerana ia nipis dan mudah masak.

6. Ulangi langkah sehingga habis. Boleh ditindih bertindan sebab tidak melekat.

durian crepe

Imej via Facebook

Cara Membuat Inti Durian dan Whipp Cream :

1. Dalam bekas lain, masukkan isi durian dihancurkan. Masukkan ke dalam peti sejuk supaya tidak cair.

2. Untuk whipp cream pula, dalam bekas yang bersih dan kering, masukkan 500 gm whipping cream, tambah gula icing jika whipping cream anda tawar. Jika whipping cream anda sudah manis abaikan gula icing.

3. Kemudian pukul whipping cream sehingga soft peak/kental dan masukkan kedalam piping bag dan letak dalam freezer sekejap supaya tidak cair.

4. Seterusnya, paipkan whipp cream, isi durian ditengah dan paipkan lagi whipp cream.

5. Balut. Ulangi langkah untuk crepe yang berikutnya.

6. Sejukkan sebelum dinikmati.

durian crepe Imej via Facebook

Resepi Menarik Lain

Selain resepi durian crepe, kami juga menulis resepi sedap dan mudah lainnya yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa share dan like resepi ini ya.

Penulis: Rahayu Z

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.