Khabar gembira kepada pecinta donut dan “red velvet”. Ingat kek atau biskut sahaja ada red velvet? Sekarang donut pun ada red velvet. Unik dari segi tampilan gebu gebas dan warna yang amat cantik, tidak dinafikan donut red velvet antara makanan paling famous di negara ini. Tambahan pula mendapat sambutan meriah daripada penggemar makanan jadikan donut red velvet tular sejak kebelakangan ini.

Apabila masak donut red velvet kena ambil perhatian bahan-bahan dan cara supaya kejadian donut tidak mengecewakan. Nisbah warna pula kena diperhatikan untuk dapatkan warna merah merona. Nampak sukar kah?

Jangan risau sebab tidak sukar pun kalau anda ikut resepi kami. Resepi kali ini yang dikongsikan oleh Chia KY di laman Facebook boleh dikatakan paling mudah dan senang kerana guna tepung kek red velvet sahaja. Resepi donut pun biasa, cuma tambah tepung gandum untuk bagi cukup 3 cawan, sebab 1 paket tepung itu sedikit sangat jadi kena tambah tepung gandum. Pewarna makanan tidak perlu bubuh sebab tepung sudah merah. Senang bukan? Jom cari tepung kek red velvet untuk buat donut red velvet tular sekarang.

Resepi Donut Red Velvet Viral

Imej via Facebook

Bahan-bahan :

  • Tepung kek red velvet,
  • 3 cawan tepung gandum (termasuk tepung kek red velvet),
  • Telur sebiji,
  • Marjerin 2 sudu,
  • Susu pekat 3 sudu,
  • Garam sedikit agak-agak,
  • Yis 4 sudu,
  • Gula 3 sudu,
  • 1 sudu baking powder,
  • Air suam agak-agak janji tepung tidak lembik/keras.

Cara-cara :

  1. Yis dengan gula dicampur sekali dengan air suam.
  2. Bila yis sudah kembang, campur semua dalam tepung, boleh uli dan perap bagi kembang.
  3. Jika sudah kembang sekali ganda, buang angin dan uli sekejap.
  4. Kemudian bulat-bulatkan donut.
  5. Akhir sekali tunggu kembang sekejap, baru goreng.

Tips: Api jangan kuat sangat nanti cepat hangit.

Resepi Menarik Lain

Selain resepi Donut Red Velvet, kami juga menulis resepi menarik lain yang mendapat perkongsian ramai. Jangan lupa Like dan Share resepi ini ya. Selamat mencuba!

Penulis: Rahayu Z

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.