Daging dalam peti banyak? Tak tahu nak masak apa? Asyik-asyik daging goreng kunyit dan kari daging sahaja. Nak cuba resepi baru yang mudah dan sedap. Apa kata jom hidangkan lauk Daging Masak Hitam. Semestinya bahan-bahnnya mudah disediakan, mudah di cari, mudah di masak dan yang paling penting sedap sehingga menjilat jari. Jadi, apa lagi. Jom tengok resepi yang dikongsikan oleh Noor Farhana di laman muka buku ini. Senang difahami dan diikuti. Serius sedap tau daging masak hitam yang simple ni. Tapi kalau makan memang boleh bertambah. Tambah makan dengan pulut ke perghhh memang berebut.

Resepi Daging Masak Hitam

resepi daging masak hitam

Imej via Facebook

Bahan bahan:

-daging – anggaran 1 kg -Rempah 4 sekawan -Kerisik -Santan -Daun kari -Gula merah -kicap pekat -kicap manis -garam

Bahan kisar

-Bawang besar 3 bji -Bawang putih 4 ulas -Tomato 2 bji besar -Halia 2cm -Lengkuas 2cm -Serai 3 batang -Cili blend

Cara penyediaannya:

1) Tumis rempah 4 sekawan, bahan blender, cili blend (ikut kepedasan) , daun kari. Tumis kejap. 2) Lepas tu masukkan daging, kicap pekat, kicap manis, gula merah 2 sudu besar dan kerisik. Masak sampai daging empuk dan pecah minyak 3)Bagi kuah kering sedikit dan masukkan pati santan. Perasakan dengan garam. Dah siap. Mudah ke mudah? Bolehlah hidang panas panas makan dengan nasi putih atau pulut. Jangan lupa share resepi Daging Masak Hitam ini dengan yang lain. Sharing is caring. Oh ya, selain daripada resepi Ikan Cencaru Bakar ini, kami juga menulis resepi yang lain. Jemput membaca dan mencuba.

 

Penulis: Dhiaa Syamimi

Insan biasa yang berpegang kepada ilmu yang dikongsi itu takkan pernah berkurang malahan mungkin bertambah lagi. Semoga dengan sedikit coretan perkongsian di bidadari.my memberi manfaat untuk semua yang memerlukan. Sharing is caring guys :)

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.