Pernah makan daging masak halia? Tak pernah dengar? Kalau tak pernah, apa kata anda cuba sekali resepi daging masak halia yang istimewa ini!

Jarang jarang sekali kita dengar daging masak halia bukan? Selalu yang popular adalah daging masak kunyit atau daging masak merah. Kali ini kami kembali dengan resepi daging masak halia.

Mungkin ada yang kurang meminati halia, tapi untuk pengetahuan anda semua halia sangatlah elok untuk kesihatan anda. Selain daripada kaya dengan antioksidant, halia juga dapat mengelakkan demam dan selsema kerana sifat halia yang panas.

Kalau semua dah tahu khasiat halia, lepas ini janganlah mengelak untuk makan halia ya. Hari ini kami telah berkongsi resepi yang menggunakan halia. Apa anda tunggu lagi. Ayuh segera ke dapur untuk mencuba sendiri resepi ini!

Resepi ini dikongsikan oleh Puan Parmiati Binti Suyudi dan telah mendapat perkongsian ramai di Facebook.

Resepi Daging Masak Halia

Resepi Daging Masak Halia

Imej via Facebook

Bahan Bahan

Bahan Perapan

  • 2 sudu kecil madu
  • 2 sudu kecil lada sulah
  • 1/2 sudu kecil garam 
  • 3 sudu makan minyak bijan
  • 2 sudu makan sos tiram
  • 2 sudu makan kicap masin
  • 3 sudu makan kicap manis
  • 3 sudu kecil tepung jagung
  • 250-300 Gram Daging

Cara cara Memasak

  1. Gaul bahan perapan dengan daging dan perap dalam 20-30 Min

    Resepi Daging Goreng Kunyit

    Imej via Facebook

  2. Goreng bawang putih Halia dan cili kering sampai masak

    Resepi Daging Goreng Kunyit

    Imej via Facebook

  3. Masukkan daging perap tadi kacau sebati goreng sekejap

    Resepi Daging Goreng Kunyit

    Imej via Facebook

  4. Masukkan sedikit air dan goreng sampai daging masak dan air kering

    Resepi Daging Goreng Kunyit

    Imej via Facebook

  5. Masukkan daun bawang goreng sekejap terus tutup api dah siap

    Resepi Daging Goreng Kunyit

    Imej via Facebook

Resepi Daging Lain Yang Menarik

Selain resepi daging goreng kunyit, kami juga mempunyai beberapa resepi  daging yang mendapat perkongsian ramai di Facebook. Manalah tahu anda berminat untuk mencubanya.

Jangan lupa untuk share artikel artikel kami dengan kawan kawan. Kalau dah cuba, jangan lupa tinggalkan komen dan feedback di ruangan komen kami ye.


Penulis: Nabilah Ruza

Merupakan salah penyumbang di Bidadari.my. Rajin berkongsi artikel yang berinformasi di sini.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.