Mencari resepi masakan daging kadang memeningkan kepala kerana masak daging perlukan cara dan perlakuan yang betul supaya daging tidak keras atau liat. Oleh itu, dari sekian banyak resepi ada satu resepi yang cukup mudah untuk dicubakan.

Resepi ini termasuk menarik dimana ia menggunakan ketumbar yang terlebih banyak sehingga resepi ini pula diberi nama daging masak ketumbar.

Ketumbar bukan hanya dijadikan sebagai bahan perapan melainkan ketumbar dijadikan sebagai bahan utama, disangai dan ditumbuk kasar, bersama rempah-rempah lain kemudian digoreng bersama daging.

Norhaslinda Saad berkongsikan resepi daging ketumbar di laman Facebook. Sila cubakan resepinya untuk hidangkan lauk tengah hari dimakan bersama nasi putih, sedap terangkat.

Resepi Daging Masak Ketumbar

daging ketumbar

Imej via Facebook

Bahan-bahan :

  • Daging 500 gram,
  • Ketumbar biji (3 sudu besar) disangai dan ditumbuk kasar,
  • Bawang holland 1 biji,
  • Capsicum/lada benggala – 3 jenis warna,
  • Kicap manis, masin dan pekat,
  • Garam dan kunyit,
  • Maggi cukup rasa.

Cara-cara :

  1. Goreng daging yang diperap garam dan kunyit.
  2. Apabila daging sudah masak, masukkan ketumbar yang disangai dan ditumbuk kasar, bawang, capsicum, kicap, cukup rasa. (Semua bahan ini agak-agak sendiri ikut selera masing-masing).
  3. Siap.

Resepi Menarik Lain

Selain daging masak ketumbar, kami menulis resepi lain dan menarik untuk anda cubakan. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa share dan like resepi ini ya.

Penulis: Rahayu Z

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.