Daging bakar merupakan hidangan berkhasiat yang sesuai dimakan bersama nasi ataupun diratah begitu sahaja bersama-sama sos homemade. Bau nya yang harum dan wangi serta rasanya yang ‘kaya’ dengan ‘manis’ daging sememangnya mampu untuk menaikkan selera sesiapa pun. Menu ini sangat-sangat sesuailah dengan sesiapa yang nak diet.

Cara nak sediakan menu ini pun mudah sangat. Hanya perapkan daging dengan bahan perapan. Lagi lama perap lagi sedap. Terasa perapannya pada daging. Kemudian bakar daging secara perlahan supaya lebih juicy. Sambil-sambil menunggu daging dibakar, bolehlah sediakan sos homemadenya.

Resepi Daging Bakar dan Sos Homemade yang dikongsi oleh Diaz Yushazlina di laman muka buku ini mudah dan sedap. Jadi apa lagi? Jom cuba resepinya.

Resepi Daging Bakar dan Sos Homemade

Imej via Facebook

Bahan perapan daging:-

  • Daging sekilo(potong besar tebal 2@3cm)
  • 1 sudu kecil sos ikan
  • 2 sudu besar Sos tiram
  • 2@3 sudu besar Brown sugar
  • Sekeping gula melaka
  • 1 sudu kecil lada hitam
  • Sedikit minyak
  • Serbuk cukup rasa 1@2 sudu

Bahan sos:-

  • Akar daun ketumbar
  • Daun ketumbar
  • 1 sudu besar Beras(sangaikan dulu& tumbuk)
  • 1@2 ulas bwg putih
  • 1@2 sudu kecil Sos ikan(ikut tahap masin tekak masing2)
  • 2 biji limau nipis
  • 1 sudu kecil brown sugar
  • 1/2 keping gula melaka(tumbuk kasi hancur cmpur air sikit)
  • Chili flakes
  • 1 sudu kecil sos cili
  • 1 sudu kecil sos tiram
  • 1 Bawang besar (hiris nipis)

Cara-cara penyediaan sos:-

  1. Tumbuk akar daun ketumbar & bwg putih smpai lumat
  2. Masukkan sos ikan,gula melaka,brown sugar,beras yg disangai,perahan limau nipis
  3. Masukkan sos cili, sos tiram(saja tambah utk pekatkan sos)
  4. Masukkan daun ketumbar yg dipotong
  5. Masukkan chili flakes(kalau suka pedas boleh tambah)
  6. Masukkan bawang besar yang dipotong tadi

# daging dibakar menggunakan pemanggang ajaib (20 hingga 30 minit) dengan api yang perlahan
# Untuk daging cepat lembut bila nak masak. Perap semalaman dan hiris halia keping2-keping.. Perap sekali dgn daging.

Selain resepi Resepi Daging Bakar dan Sos Homemade ini, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Oh ya, jangan lupa share dan like resepi ini ya. Terima kasih.

Penulis: Dhiaa Syamimi

Insan biasa yang berpegang kepada ilmu yang dikongsi itu takkan pernah berkurang malahan mungkin bertambah lagi. Semoga dengan sedikit coretan perkongsian di bidadari.my memberi manfaat untuk semua yang memerlukan. Sharing is caring guys :)

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.