Mesti anda tengah terpikir mahu masak apa untuk menu camilan petang ini. Jika anda punya stock udang mentah dalam peti, baik anda buat cucur udang saja.

Kali ini akan kami berkongsikan resepi cucur udang lengkap dengan pencicah kuah kacang tanpa santan. Macam sedap bukan? Memang sedap pun. Bahkan resepi yang dikongsikan oleh Norfarhana Ariffin‎ di Facebook ini telah mendapat perkongsian sangat ramai.

Resepi cucur udang gebu ini selalunya dipakai oleh orang tua penulis untuk berniaga dulu. Selalunya laku sampai licin cucur udang beliau ini. Resepi ini tidak guna yis pun, hanya guna soda dan campuran bawang kisar sahaja.

Sesiapa yang mahukan resepi, sila tengok pada perkongsian di bawah ini. Gerenti makan satu bikin anda ketagih selamanya. Selamat mencuba.

Resepi Cucur Udang

cucur udang

Imej via Facebook

Bahan Cucur :

  • 1/2 kg tepung gandum,
  • Sebiji telur,
  • 1 biji bawang besar (kisar),
  • Pewarna kuning,
  • 2 biji bawang holland hiris,
  • Kucai,
  • Tauge,
  • Udang,
  • Garam,
  • Gula,
  • Sedikit soda bikarbonat,
  • Air.

Cara-cara :

  1. Mula-mula blend bawang besar sebiji.
  2. Kemudian masukkan tepung gandum dalam bekas.
  3. Lalu, masukkan bawang yang diblend tadi.
  4. Tambahkan telur sebiji, air, garam, gula dan soda bikarbonat. Kacau adunan. Agak-agak letak air jangan pekat sangat dan jangan cair sangat.
  5. Masukkan kucai, tauge, bawang holland dihiris dan cili besar hiris.
  6. Untuk cara goreng supaya bagi bentuk bulat ialah celupkan senduk besi ke dalam minyak panas sekejap dan keluarkan.
  7. Kemudian letak adunan tadi di atas senduk besi.
  8. Setelah itu, letak udang di atas adunan.
  9. Baru masukkan dalam minyak panas.
  10. Biar sekejap sampai bawah dia masak nanti dia akan tertanggal sendiri.

Bahan Membuat Kuah Kacang Tanpa Santan :

  • Segengam cili kering*
  • 2 biji bawang besar*
  • 7 ulas bawang putih*
  • Halia*
  • Serai*
  • Lengkuas*
  • Belacan*
  • Kacang tanah yang disangai dan diblend kering,
  • Asam jawa,
  • Gula/gula melaka,

Cara Membuat Kuah :

  1. Tumis bahan yang diblend tadi.
  2. Bila sudah garing masukkan kacang tanah yang disangai dan diblend halus.
  3. Masukkan air asam jawa.
  4. Kemudian masukkan sedikit air, gula dan garam. Letak gula melaka pun boleh.
  5. Biar sehingga naik minyak, kalau mahu kuah lagi pekat boleh letak bancuhan tepung jagung.

Resepi Menarik Lain

Selain resepi cucur udang, kami juga menulis resepi sedap dan mudah lainnya yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa share dan like resepi ini ya.

Penulis: Rahayu Z

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.