Sesiapa yang tercari resepi cream cheese, sila singgah di laman ini kerana kami akan berkongsikan resepi cream cheese brownies sedap sangat-sangat.

Cream cheese brownies mudah sangat. Boleh jadi pilihan menu pantas untuk hidangan istimewa. Bila kena baking cepat sebab tetamu hampir sampai, cream cheese brownies inilah penyelamat.

Kesemua bahan memang mudah didapati. Rasanya yang sedap menjadikan cream cheese brownies kegemaran kawan-kawan anak yang berkunjung. Mana tidaknya! Brownies coklat campur dengan cheese lagi lah digilai anak-anak.

Tanpa tunggu lama, mari lihat perkongsian ramai cream cheese brownies daripada Ida Alina Salleh yang berkongsikan resepi di laman Facebook. Selamat mencuba.

Resepi Cream Cheese Brownies

cream cheese

Imej via Facebook

Bahan-bahan :

  • Butter,
  • Tepung,
  • Garam,
  • Baking powder,
  • Coklat,
  • Butter,
  • Gula pasir,
  • Gula merah,
  • 250 gran cream cheese,
  • ¼ cwan gula pasir,
  • ½ sudu teh vanilla,
  • 1 kuning telur,

Cara-cara :

  1. Mula-mula panaskan oven 160°C. Alaskan loyang pembakar 8 inci dengan aluminium foil. Lebihkan ketepi supaya ada pemegang untuk keluarkan brownies nanti. Sapu aluminium dengan butter.

Cara membuat brownies :

  1. Mula-mula campurkan tepung, garam dan baking powder dalam satu mangkuk.
  2. Kemudian masukkan coklat dan butter dalam periuk yang tebal dasarnya. Panaskan hingga semua cair.
  3. Bila sudah cair, matikan api.
  4. Masukkan gula pasir dan gula merah. Ketepikan dahulu, sejukkan sedikit.

Cara membuat cream cheese :

  1. Campurkan bahan-bahan untuk cream cheese dalam mangkuk lain. (250 gm cream cheese,1/4 cawan gula pasir, 1/2 tsp vanilla dan 1 kuning telur).
  2. Pukul bahan hingga kembang. Biarkan sebentar.
  3. Berbeda dengan adunan brownies tadi, masukkan vanilla ekstrak dan telur dulu. Pukul hingga rata. Pastikan telur benar-benar rata dalam adunan.
  4. Masukkan campuran tepung dan gaul.

Cara menyediakan cream cheese brownies :

  1. Masukkan ½ adunan brownies dan letakkan beberapa bahagian adunan cream cheese.
  2. Tutup cream cheese dengan adunan brownies. Lorekkan.
  3. Bakar dalam oven selama 50-60 minit.
  4. Sejukkan sebelum dipotong dan dihidangkan.

Resepi Menarik Lain

Selain resepi cream cheese brownies, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya.

Penulis: Rahayu Z

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.