Baru-baru ini dunia kudapan dikejutkan dengan menu baharu yang amat tular di mana-mana. Makanan ini berasaskan ketam dihancurkan dan dibungkus dengan kulit popia. Nampak sederhana namun ianya amat sedap dan lazat.

Crab Rangoon nama diberi di negara omputih sana, dekat sini pula biasa dipanggil dumpling. Ada dua cara biasa dilakukan untuk masak crab Rangoon ini sama ada dibakar mahupun digoreng. Makanan ini memang simpel sebab menggunakan kulit popiah sahaja untuk bungkusnya. Namun, kelazatan sesungguhnya kudapan ini bergantung kepada resepi inti ketam yang ada di dalamnya.

Memandangkan ramai yang tercari-cari resepi crab rangoon sedap. Maka kami ingin berkongsi resepi crab Rangoon yang terpaling sedap yang mendapat perkongsian seramai 12K di laman Facebook. Gerenti tidak akan menyesal jika ikut cara Fienaz Shafie ini. Justeru anda akan dapat crab Rangoon yang rangup sedap menjilat jari. Sila cubakan.

Resepi Crab Rangoon Viral

crab rangoon

Imej via Facebook

Bahan-bahan :

  • 200 gram cream cheese,
  • 10 pcs crab stick,
  • 1sudu kecil garam,
  • 1 sudu kecil garlic powder,
  • 1 sudu kecil paprika,
  • Daun bawang dipotong kecil,
  • Carrot kisar kasar,
  • Mayonnaise,
  • Mozzarella cheese shredded,
  • Parsley flakes,
  • Cili sos,
  • Kicap lemak manis,
  • Gula perang,
  • Lemon jus,
  • Air panas,
  • Biji-bijian.

Cara-cara :

  1. Putar cream cheese hingga sekata.
  2. Potong crab stick kecil-kecil.
  3. Masukkan garam, garlic powder dan paprika. Gaul sekata.
  4. Kemudian masukkan daun bawang dan carrot.
  5. Masukkan mayonnaise.
  6. Seterusnya lapik permukaan loyang dengan kulit popia.

    Imej via Facebook

  7. Bakar kulit dalam oven 180°C selama 10 minit.
  8. Apabila sudah kecoklatan, letak inti ketam tadi.
  9. Tabur mozzarella cheese di atasnya.
  10. Kemudian tabur parsley flake.
  11. Bakar suhu 160°C selama 10 minit,
  12. Kalau suka goreng, bungkus inti ketam dengan cara dilipat dan dibungkus seperti dumpling. Kemudian goreng.

Sedia dihidangkan.

Resepi Menarik Lain

Selain resepi Crab Rangoon, kami juga menulis resepi menarik lain yang mendapat perkongsian ramai. Jangan lupa Like dan Share resepi ini ya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami.

Penulis: Rahayu Z

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.