Akhir-akhir nih, terlayar-layar di media sosial gambar-gambar corn cheese sosej nih. Sampai jadi viral lah kiranya. Tambah-tambah di kalangan peminat tegar cheese. Sedapnya makan bila panas-panas dan santai-santai dengan yang tersayang. Bahan pun tak banyak dan cara nya pun tersangatlah mudah.
Bahan utamanya haruslah cheese dan sosej. Hanya perlu cucuk kan pada lidi sate dan celupkan dalam bancuhan tepung. Kemudian, salutkan dengan serbuk roti dan akhir sekali gorengkannya dalam kuali yang mengandungi minyak panas. Pastikan tenggelam yer. tapi kalau tak dapat tenggelam, kenalah rajin balik balikkannya ok.
Jom ikuti resepi mudah dari Aisyah Rich . Resepi beliau mendapat perkongsian ramai. Jom.
Bahan-bahannya:
Cara-cara penyediaanya:
Resepi bancuhan tepung
Campurkn semua bahan bertanda * sampai sebati, pastikan adunan pekat sedikit supaya senang nak celup. Kemudian celup sosej cheese dalam bancuhan tepung dan kemudian golek golekkan dalam serbuk roti. Pastikan semua bahagian bersalut dan gorengkan dalam minyak yang panas. Pastikan minyak banyak dan betul betul panas. Kalau yang tak suka cheese sangat, tapi masih nak cuba, boleh lah kurangkan jumlah cheese yang dicucuk.
Dah siap goreng tuh. Jangan tunggu lama-lama. Baca doa dan boleh terus makan dengan sos dan mayonis. Jangan lupa kongsikan resepi ini dengan yang lain ya. Selain dari resepi ini, kami juga kongsikan resepi-resepi lain yang menarik. Terima kasih sudi melawat blog kami.