Harum semerbak bau chocolate chips cookies nih. Ada ke yang suka makan cookies nih sampai tak paling kiri kanan? Sedap sangat lah katakan? Tapi sekarang nih dah tak perlu dah nak ke Famous Amos semata-mata nak makan chocholate chips cookies nih. Boleh jer cuba buat sendiri kat rumah.

Kalau ada yang nak buat meniaga pun boleh. Chocolate Chips Cookies nih agak popular juga di kalangan orang muda sekarang. Selain dijadikan snack, cookies ini juga dijadikan sebagai doorgift untuk majlis-majlis tunang, akd nikah, kahwin dan sebagainya. Cara buatnya pun mudah. Hasil jualan cookies, bolehlah kalau nak menambah pendapatan sampingan. Untung kan?

Resepi daripada‎ Fendi Islam‎ ini sangat mudah difahami dan dibuat. Ramai yang sudah mencuba. InsyaAllah menjadi. Silap haribulan tetamu, jiran tetangga dan sanak saudara yang merasainya syak kita beli dekat Famous Amos. Tak ke bangga. Apa lagi, jom layan resepinya.

Resepi Cookies

Resepi Cookies
Imej via Facebook

Bahan-bahannya:

  • 1/2 cawan gula kastor
  • 1/2 cawan gula perang
  • 1/2 cawan butter
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • 1 biji telur (Gred A)
  • 1 1/4 cawan tepung serbaguna
  • 1 sudu kecil soda bikarbonat
  • 1/4 sudu kecil garam
  • 1/2 sudu kecil serbuk empleks (optional rangup)
  • 1 cawan chocolate chips 
  • 1/2 cawan chocolate chips premium (gune cadbury bar & cincang-cincang pun boleh)

P/s: nak tambah kacang pun boleh. 1/2 cawan dan chocolate chips better disejukkan dulu dalam peti ais.

Cara-cara penyediaannya:

  1. Gaul semua bahan lain kecuali telur dan butter yang akan digaul akhir sekali.
  2. Gaul perlahan-perlahan hingga sebati.
  3. Kemudian susun atas dulang, guna skop ice cream untuk bentuk kecil-kecil dan sama besar ataupun boleh cari piping bag, picit je.
  4. Pastikan lapik baking paper.

Masa: 20-25 minit 
Suhu: 160-170 C’ (bergantung oven)
Api: Atas Bawah
Kipas: ON
(Standard home oven)

Mudahkan? Hanya campur-campur dan bakar. Dah siap. Selamat mencuba resepi Cookies. Terdapat pelbagai jenis resepi yang anda boleh cuba selain daripada resepi ini. Jangan lupa untuk kongsikan resepi – resepi ini bersama yang tersayang.

Penulis: Dhiaa Syamimi

Insan biasa yang berpegang kepada ilmu yang dikongsi itu takkan pernah berkurang malahan mungkin bertambah lagi. Semoga dengan sedikit coretan perkongsian di bidadari.my memberi manfaat untuk semua yang memerlukan. Sharing is caring guys :)

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.