Terasa nak makan cheesy wedges ala-ala KFC? Bolehlah jamu seisi keluarga dengan sos cili atau sos tomato. Bila lagi nak merasa cheese wedges buat sendiri.

Nak buatnya tak susah pun. Hanya perlu kukuskan kentang, golekkan kentang tersebut dengan tepung. Dah siap menggolek bolehlah mula menggoreng dengan api yang perlahan. Nak hasil yang terbaik, pastikan bila menggoreng tuh ayam tenggelam dalam minyak panas. Barulah masak sekata.

Jadi, apa lagi jom tengok resepi dari Nur Fadzillah Ibrahim yang menjadi kesukaan ramai di ‘Facebook’.

Resepi Wedges

Imej via Facebook

Bahan-bahan:

  • 2 kg ubi kentang
  • 4 sudu besar Tepung Gandum*
  • 4 sudu besar Tepung Beras*
  • 4 sudu besar Tepung Jagung*
  • 2 sudu besar Serbuk Lada Sulah*
  • 2 sudu besar Serbuk Lada Hitam*
  • 2 sudu besar Serbuk Cili*
  • Garam secukupnya*
  • Minyak untuk menggoreng

Cara-cara penyediaannya:

1. Bersihkan kulit kentang dan pastikan tiada pasir yang melekat dan toskan.
2. Didihkan air kukusan. Sementara menunggu air kukusan mendidih, potong kentang. 
3. Lepas sudah siap potong, cuci & toskan. Kemudian, susunkan dalam tray kukus. Kukus dalam 5 minit atau sehingga ubi kentang korang empuk. Bila dah empuk sejukkan sekejap.
4. Dalam bekas lain, satukan bahan bertanda *. Ambil ubi kentang yang telah kukus tadi dan gaulkan.
5. Panaskan minyak dan goreng.

## Nak guna tepung serbaguna pun boleh juga. Terpulang pada korang.

Resepi cheezy untuk wedges

Bahan-bahan:

  • 1 sudu besar mentega / butter
  • 2 sudu besar tepung gandum
  • 1 sudu besar serbuk cili
  • 1 sudu besar pati ayam (serbuk) / 1ketul kiub ayam
  • 4 keping cheese
  • 1 cawan susu segar
  • Pewarna kuning

Cara-cara penyediaannya:

1. Panaskan pan dengan api yang perlahan dan cairkan mentega. 
2. Masukkan tepung gandum, serbuk cili n serbuk/ kiub pati ayam. Kacaukan rata.
3. Kemudian masukkan susu segar dan masukkan cheese serta pewarna. Kacau sampai cheese cair. Biarkan selama 3 minit sehingga cheezy pekat.

Tada. Dah siap. Mesti sedap kan? Selain dari resepi Cheesy Wedges ini, kami juga mempunyai beberapa resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Boleh baca dan mencubanya. Jangan lupa share kan ya. Terima kasih.

Penulis: Dhiaa Syamimi

Insan biasa yang berpegang kepada ilmu yang dikongsi itu takkan pernah berkurang malahan mungkin bertambah lagi. Semoga dengan sedikit coretan perkongsian di bidadari.my memberi manfaat untuk semua yang memerlukan. Sharing is caring guys :)

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.